Nasihat AtipikalSampel

Atypical Advice

HARI 1 DARIPADA 6

Menjadi gembala tidaklah teruk sangat.

Memahami apa yang harus dilakukan dalam hidup adalah susah, dan selepas menamatkan pengajian, hidup seolah-olah menekan minyak habis-habisan. Mungkin anda selalu mengetahui atau baru mendapat tahu tentang apa yang Allah panggil anda untuk lakukan dalam hidup ini. Mungkin anda masih berfikir-fikir tentangnya. Ataupun, mungkin satu-satunya perkara yang anda yakin ialah keadaan sekarang ini bukanlah keadaan yang diingini untuk selama-lamanya. 

Mungkin anda rasa terperangkap dalam pekerjaan yang tidak menarik dan hanya dilakukan demi membayar bil sahaja. Mungkin, seperti Daud, anda telah diurapi dan mendengar panggilan anda daripada Allah, tetapi masih berada di padang. Mungkin anda tidak tahu apa yang harus dilakukan dan tidak tahu bagaimana memahaminya. 

Daud, pembunuh gergasi dan (akhirnya) raja Israel yang kemudiannya dipanggil "seorang yang berkenan dalam hati TUHAN,” berkemungkinan besar akan memberikan anda nasihat ini: Nikmati musim sekarang ini. 

Daud akan menjadi raja, tetapi ia bermula sebagai seorang gembala. Apabila Samuel mengurapinya sebagai raja, Daud masih perlu menunggu tempoh yang panjang sebelum ia betul-betul menaiki takhta. 

Anda mungkin rindu akan masa yang senang sesudah anda "berjaya," dan musim ini atau tempat ini mempunyai tujuan. Allah telah mengutuskan anda untuk bekerja di padang dan menjadi gembala kerana sebab tertentu. 

Daud menggunakan pengalaman sebagai gembala ini untuk membunuh Goliat. Jika anda memikirkannya, sebagai raja, ia masihlah seorang gembala. Ia cumanya memimpin dan menjaga bangsa orang yang lebih besar berbanding kawanan domba secara literal. "Sekarang" anda menyediakan anda untuk "kemudian" anda. 

Pada musim ini, anda belajar bergantung pada Allah, mempercayai Dia, dan bersyukur. Kita suka bangun dan berjaya pada suatu hari. Walau bagaimanapun, Allah mahu kita membesar dahulu. Pertimbangkan: Jika anda tidak setia terhadap anak domba yang telah diberikan-Nya kepada anda sekarang ini, bagaimana Dia boleh mempercayai anda dengan hati dan hidup umat-Nya kemudian? Anda haruslah setia dengan bilangan yang kecil sebelum Dia boleh mempercayai anda dengan bilangan yang banyak. 

Oleh itu, nikmatilah kerja keras sekarang ini, kerana Allah cuma menolong mengasah dan menajamkan kemahiran yang akan diperlukan kemudian. Anda tidak dapat mencapai matlamat tanpa persediaan. 

Renungan: Fikirlah tentang musim lalu yang bukan kegemaran anda. Bagaimana musim itu menyediakan anda untuk keadaan sekarang ini? Sekarang, fikirlah tentang musim yang sedang dihadapi. Bagaimana musim ini mungkin menyediakan anda untuk tujuan anda? 

Doa: Allah, terima kasih kerana musim hidup sekarang ini. Terima kasih kerana Engkau menyediakan saya untuk tujuan saya. Terima kasih kerana Engkau mempercayai saya dan mengembangkan saya secara betul sekarang ini semasa saya ___. Saya mempercayai-Mu, Tuhan. Saya percaya bahawa segala sesuatu bekerja demi kebaikan saya dan bahawa Engkau mempunyai rancangan untuk hidup saya. Dalam nama Yesus, amin.  

Hari 2

Perihal Pelan

Atypical Advice

Apakah yang ingin dikatakan oleh Daud, Musa, Daniel, Petrus, Rut, dan Yesus kepada golongan Milenial dan/atau Generasi Z? Ketahui lebih lanjut dalam Pelan Alkitab 6 hari ini sementara kami mengemukakan beberapa nasihat atipikal daripada cerita alkitabiah yang terkenal.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Life.Church kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.life.church/