Riang Ria: Meraikan Krismas Setiap HariSampel
Sembah dan Puji Dia
"Keajaiban Krismas bukanlah hadiah tetapi hadirat-Nya." — Awanama
Terdapat banyak tradisi yang kita gabungkan dalam musim Krismas kita. Kita menghias rumah dan pejabat kita dengan pelbagai reben, tumbuh-tumbuhan, lampu, dan benda yang berkilau. Kita memasak makanan yang diidamkan sejak Disember lalu tetapi rasa tiada sebab untuk memakannya antara bulan Januari dan November. Kita berjalan mengelilingi bandar untuk melihat paparan lampu Krismas. Kita menonton lakonan di sekolah anak kita dan menyaksikan program di gereja kita. Kita pastinya tidak kekurangan tradisi sepanjang bulan Disember.
Sering kali dalam kesibukan musim yang gembira ini, semasa menikmati aktiviti duniawi ini, kita terlupa satu-satunya perkara yang harus menjadi tradisi sehari-hari kita—menghabiskan masa bersama dengan Yesus. Ini kerap kali ialah satu hubungan dalam hidup kita yang kita lupa untuk melaburkan masa pada musim yang kita sepatutnya meraikan Dia. Memanglah mudah untuk berbuat demikian dan kita, pada suatu ketika dalam hidup kita, mendapati diri menghadapi masalah ini.
Walau bagaimanapun, ada berita baik! Disebabkan kita tidak menghabiskan masa dengan Yesus untuk sehari, seminggu, ataupun sebulan tidak bermakna kita tidak boleh mula semula. Rahmat Allah selalu baru setiap pagi. Mulakan semula masa anda bersama dengan Allah dengan melakukan satu atau beberapa hal berikut:
- Mulakan Pelan Alkitab.
- Baca Mazmur dan Amsal setiap bulan sepanjang tahun.
- Pilih ayat atau petikan Alkitab yang pendek dan mencatatkannya.
- Mendengar lagu penyembahan.
- Menghabiskan masa untuk berdoa tentang orang dalam hidup anda.
- Mendengar khutbah atau audio siar yang membina iman anda.
Melakukan hal tersebut tidak bertujuan memperoleh kasih Allah atau memastikan bahawa Dia tidak memarahi kita. Ia bertujuan berhubungan dengan Dia yang telah mengorbankan nyawa-Nya untuk kita supaya kita boleh menjalankan hidup kita untuk Dia. Ia bertujuan mendapat kekuatan yang diperlukan untuk hidup di dalam dunia yang bukan rumah sebenar kita. Ia bertujuan berjalan dengan Dia supaya kita boleh belajar dan bertumbuh dalam iman kita demi membantu orang lain sepanjang perjalanan kita.
Marilah kita menjadikan menghabiskan masa bersama dengan Yesus tradisi yang paling penting yang berterusan sepanjang tahun.
Renungan
- Adakah anda rasa mencabar untuk menghabiskan masa dengan Yesus setiap hari? Apakah yang menghalang anda daripada meneruskan komitmen ini?
- Tentukan sekarang ini apa yang akan membantu anda meneruskan komitmen anda.
Perihal Pelan
Ada sesuatu yang istimewa tentang Krismas yang cenderung menampakkan sifat kita yang terbaik. Biasanya kita lebih baik hati, lebih murah hati, dan menghabiskan masa yang lebih lama dengan orang yang dikasihi. Bagaimana kalau ini tidak perlu berakhir pada bulan Disember? Bagaimana kalau kita boleh meraikan Krismas setiap hari?
More