Riang Ria: Meraikan Krismas Setiap HariSampel
Hidup yang Indah
"Tanggapan saya tentang Krismas, sama ada ketinggalan zaman atau moden, adalah sangat mudah: mengasihi orang lain." — Bob Hope
Satu tradisi biasa yang diamalkan oleh kita pada bulan terakhir setiap tahun ialah menghantar kad Krismas. Kad Krismas dimulakan pada tahun 1840-an oleh Sir Henry Cole dan dilakukannya kerana ia tiada masa untuk membalas semua surat yang bertimbun-timbun di rumahnya. Ia rasa tidak baik jika ia tidak membalas orang yang menulis kepadanya, oleh itu, ia mencari seorang artis untuk menghasilkan kad Krismas yang pertama untuk menceritakan perkembangannya kepada keluarganya. Sementara sesetengah orang mengkritiknya kerana tindakan menjimat masa ini, ideanya menjadi popular dan banyak orang mula menghantar surat serta kad pada musim Krismas.
Dengan pemasukan peranti dan media sosial yang banyak dalam budaya kita, banyak orang memilih untuk berhenti menghantar kad sebenar, sebaliknya menghantar e-mel atau hantaran media sosial untuk menceritakan perkembangan diri pada musim Krismas. Ini tidak bermakna kita tidak harus menghantar kad dan berita pada musim Krismas. Kita harus meneruskannya jika kita suka berbuat demikian. Walau bagaimanapun, tidakkah baik jika kita tidak perlu berbuat demikian? Jika kita cuba berhubungan dengan rakan karib dan keluarga antara Januari dan Oktober?
Kita adalah lebih sibuk daripada dulu kerana jadual kita adalah lebih padat daripada dulu. Kita boleh menghantar pesanan ringkas atau mesej terus di akaun media sosial, tetapi menghantar kad melalui pos? Itu adalah tidak masuk akal dan ketinggalan zaman … bukan?
Bagaimana kalau kita cuba mengambil pen dan menuliskan nota kepada seseorang setiap bulan sepanjang tahun? Bagaimana kalau kita memutuskan untuk melakukan lebih banyak lagi dan menghantar dua nota setiap bulan? Atau, bagaimana kalau kita menjadi lebih bersemangat lagi dan berkata, "Saya akan menulis 52 nota dalam setahun kepada 52 orang"? Maksudnya satu nota setiap minggu. Itu memang gila.
Ataupun tidak?
Kita mungkin tidak tahu maksudnya kepada seseorang apabila mereka menerima nota daripada kita—sama ada di dalam peti surat mereka, di meja mereka, atau diselitkan di bawah pengelap cermin depan mereka. Tiada cara tetap untuk menulis nota yang menggalakkan kepada orang lain. Nota itu mungkin diterima pada waktu mereka rasa tidak berdaya untuk meneruskan perjalanan mereka, dan kata-kata mendorong kita mungkinlah apa yang diperlukan untuk situasi yang dihadapi itu.
Renungan
- Adakah anda rasa orang dalam hidup anda akan mendapat manfaat daripada menerima nota daripada anda selain daripada mesej kad Krismas yang biasa?
- Senaraikan orang yang anda ingin hantarkan nota. Merancang bila anda akan menghantar nota itu dan melakukannya.
Perihal Pelan
Ada sesuatu yang istimewa tentang Krismas yang cenderung menampakkan sifat kita yang terbaik. Biasanya kita lebih baik hati, lebih murah hati, dan menghabiskan masa yang lebih lama dengan orang yang dikasihi. Bagaimana kalau ini tidak perlu berakhir pada bulan Disember? Bagaimana kalau kita boleh meraikan Krismas setiap hari?
More