Riang Ria: Meraikan Krismas Setiap HariSampel
Musim Krismas Mula Dirasai
"Perkara yang penting bukanlah apa yang terletak di bawah pokok tetapi orang yang berhimpun di sekeliling pokok itu." — Awanama
Berhimpun untuk makan bersama-sama adalah agak biasa pada musim Krismas. Daripada perhimpunan keluarga kepada parti pejabat kepada aktiviti penghargaan pasukan, terdapat banyak peluang untuk meraikan hubungan serta menyatakan kasih terhadap orang yang berhubungan dengan kita. Sebagaimana perayaan ini adalah luas, demikianlah jenis makanan yang dihidangkan dalam perhimpunan ini.
Terlalu kerap, kita menunggu sehingga hari cuti pada kalendar kita untuk makan bersama dengan orang lain. Kita meraikan Krismas dan Paskah dan beberapa cuti yang tidak berapa penting di antara dua hari itu. Malangnya, kita tidak cukup berhubungan dengan orang lain jika kita melakukan itu sahaja. Ada sesuatu yang istimewa tentang berhimpun bersama-sama dan menikmati hubungan dalam hidup kita yang diberkati Allah kepada kita. Alkitab dipenuhi pernyataan satu-sama-lain yang hanya dapat dicapai antara...satu sama lain.
Kasihilah satu sama lain—Yohanes 13:34
Berkhidmatlah untuk satu sama lain—Galatia 5:13
Saling memaafkan—Efesus 4:32
Saling menghormati—Roma 12:10
Mendoakan satu sama lain—Yakobus 5:16
Demi memenuhi Firman Allah sebanyak itu, kita mesti lebih kerap berhimpun antara satu sama lain. Jadi, mengapa tidak melakukan sesuatu pada setiap bulan? Mengapa tunggu sehingga bulan yang paling sibuk dalam setahun itu untuk makan bersama-sama? Mengapa tidak sering menjemput orang lain ke rumah anda supaya kita tidak perlu tertanya-tanya tentang keadaan mereka sejak Krismas yang lalu?
Ini bukanlah cadangan untuk berparti setiap bulan dan makan biskut Krismas sepanjang tahun, walaupun anda boleh berbuat demikian sesuka hati. (Kita tidak menilai!) Tidak, ini ialah panggilan untuk berhimpun dengan lebih kerap bersama dengan kawan dan keluarga. Jangan tunggu sehingga musim cuti untuk menghabiskan masa bersama-sama dan membuat kenangan dengan orang yang dikasihi. Meraikan persahabatan kita dengan orang lain dan mengasihi ahli keluarga kita ialah sesuatu yang mendorong kita dan memuliakan kita.
Renungan
- Berapa kerap anda makan dengan kawan yang dihargai dan keluarga luas anda?
- Senaraikan orang yang anda ingin bertemu dan membuat rancangan untuk berbuat demikian setiap bulan sepanjang tahun ini.
Perihal Pelan
Ada sesuatu yang istimewa tentang Krismas yang cenderung menampakkan sifat kita yang terbaik. Biasanya kita lebih baik hati, lebih murah hati, dan menghabiskan masa yang lebih lama dengan orang yang dikasihi. Bagaimana kalau ini tidak perlu berakhir pada bulan Disember? Bagaimana kalau kita boleh meraikan Krismas setiap hari?
More