Riang Ria: Meraikan Krismas Setiap HariSampel

Merry & Bright: Celebrating Christmas Every Day

HARI 2 DARIPADA 7

Krismas Bermula dengan Kristus 

"Krismas bermakna melakukan lebih banyak untuk seseorang." — Charles M. Schulz 

Bertukar dan menerima hadiah ialah salah satu tradisi Krismas yang paling popular. Bermula awal November, iklan untuk hadiah yang "sempurna" mula disiarkan.

Matius 2 memberitahu kita tentang kelahiran Yesus. Orang majus mendengar bahawa Yesus telah dilahirkan, dan mereka mencari Dia.  Matius 2:10 menyatakan, "Sungguh gembira mereka" apabila menemui Yesus lalu membuka harta benda mereka dan mempersembahkan emas, dupa dan mir kepada-Nya. 

Pemberian hadiah adalah mulia dan murah hati dan membayangkan, "Saya memikirkan kamu." Kita serupa dengan Bapa Syurgawi kita semasa kita memberikan hadiah kepada orang lain. Memanglah normal dan dijangkakan untuk memberikan hadiah pada musim Krismas, tetapi bagaimana kalau kita bersikap murah hati sepanjang masanya? Bagaimana kalau kita memberikan hadiah kepada kawan pada bulan April tanpa sebab? Bagaimana kalau kita menderma kepada kawan atau suatu perjuangan pada bulan Julai? Jika kita menjadikan memberi sebagai sebahagian daripada kehidupan kita, kita mungkin tidak perlu menumpukan terlalu banyak perhatian untuk melakukannya dalam satu bulan setiap tahun.

Mungkin anda berfikir bahawa anda tidak mempunyai wang untuk membeli hadiah dan menderma sepanjang tahun. Berikut ialah beberapa pandangan semasa memberi:

Hadiah ialah Hadiah
Ia bermakna anda memikirkan seseorang selain daripada diri sendiri. Anda mungkin membelanjakan lebih banyak, sangat banyak atau langsung tidak membelanja! Jumlahnya bukanlah soalnya; fikiran andalah yang penting. Jadi, bersikap kreatif dalam benda yang anda berikan kepada orang lain. Janganlah tunggu sehingga Disember.

Berilah Lebih daripada Hadiah
Bersikap murah hati tidak memaksudkan hadiah fizikal yang dibeli sahaja. Ia bermakna memberikan sesuatu untuk memberkati seseorang. Pelayanan atau kata-kata yang bermakna ialah cara yang baik untuk memberi. 

Setiap Pemberian adalah Bermakna
Kita sering menunggu untuk memberi sehingga dua bulan pada penghujung tahun. Walau bagaimanapun, kita boleh mengubah itu dan menjadi mahir memberi sepanjang 10 bulan yang lain. Jadi, mungkin anda boleh memberi sedikit setiap bulan kepada organisasi bukan untung yang disokong. Ataupun, anda boleh membeli beberapa barang runcit untuk keluarga yang memerlukannya. Sebarang jumlah akan membuat perbezaan.

Hidup ini memberikan kita peluang yang banyak untuk memberi dan menjadi berkat kepada orang lain. Sama ada kita membantu ibu tunggal dengan pakaian anaknya, menderma kepada organisasi bukan untung, atau menceriakan hari seseorang dengan hadiah yang kecil, kita meniru Bapa Syurgawi kita dengan menjadi pemberi hadiah. 

Renungan

  • Adakah anda rasa anda ialah seorang yang murah hati pada musim Krismas? Bagaimana pula dengan waktu lain sepanjang tahun itu?
  • Apakah satu perkara yang anda boleh lakukan untuk meningkatkan semangat memberi anda supaya berlanjutan sepanjang tahun?
Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

Merry & Bright: Celebrating Christmas Every Day

Ada sesuatu yang istimewa tentang Krismas yang cenderung menampakkan sifat kita yang terbaik. Biasanya kita lebih baik hati, lebih murah hati, dan menghabiskan masa yang lebih lama dengan orang yang dikasihi. Bagaimana kalau ini tidak perlu berakhir pada bulan Disember? Bagaimana kalau kita boleh meraikan Krismas setiap hari?

More

Pelan Alkitab original ini dihasilkan dan disediakan oleh YouVersion.