Siapakah Saya dalam KristusSampel
Ketahui Siapa Diri Anda
Terpengaruh dengan apa yang difikirkan oleh orang lain tentang anda adalah cara terpantas untuk melupakan apa yang Tuhan fikirkan tentang anda. — Craig Groeschel
Siapakah anda?
Apabila seseorang menanyai kita soalan itu, perkara pertama yang biasanya kita sebutkan ialah salah satu tugas atau peranan yang kita lakukan setiap hari. Saya seorang doktor. Saya seorang suri rumah. Saya seorang ahli bomba. Saya seorang penulis. Walau bagaimanapun, itu sebenarnya bukan siapa kita; itu ialah apa yang kita lakukan.
Memang difahami bahawa respons kita adalah untuk memberitahu seseorang apa yang kita lakukan. Ini sesuatu yang normal seperti bernafas kerana apa yang kita lakukan, dilakukan setiap hari. Sama ada kita menyukai apa yang kita lakukan atau tidak, itu tidak boleh menjadi apa yang mendefinisikan kita. Jika demikian, kita akan menyalahletakkan identiti kita kerana pekerjaan dan peranan kita akan berubah sepanjang hidup kita. Dengan identiti yang salah letak, kita akan menjalani kehidupan yang kekurangan kepuasan dan sentiasa mengejar penerimaan.
Sebagai pengikut Kristus, identiti kita datang daripada apa yang Tuhan katakan tentang kita, bukan apa yang dikatakan oleh orang lain tentang kita. Namun, setiap hari kita mempercayai perkara tentang diri kita yang tidak benar. Perkara yang tidak benar ini tidak selari dengan Kebenaran tentang kita menurut Alkitab. Bukan sahaja mudah untuk mengandaikan identiti kita berdasarkan apa yang kita lakukan, malah—sering kali, kita dilabelkan oleh orang di sekeliling kita:
Orang yang selalu gagal
Orang yang mudah putus asa
Penagih alkohol
Penipu
Pemalas
Gila kerja
Bukan sesiapa pun
Perkataan tersebut, orang tersebut, dan gambaran tersebut bukanlah siapa kita ini. Jika anda tidak pernah memahami identiti sebenar anda sebagai seorang Kristian, Pelan Alkitab ini akan membantu anda untuk memulakan perjalanan seumur hidup ini untuk mengenali diri anda yang sebenar. Tuhan memanggil anda:
Anak-Nya
Yang Diampuni
Karya Agung-Nya
Baru dalam Kristus
Lebih daripada Pemenang
Selamat daripada si Jahat
Warga Syurga
Sepanjang sembilan hari dalam Pelan ini, kita akan belajar lebih lanjut lagi tentang siapa kita ini dalam Kristus. Mengetahui siapa kita sebagai pengikut Kristus adalah penting dalam perjalanan kita bersama dengan Yesus. Apabila kita mengetahui siapa kita ini, kita akan mengetahui apa yang harus dilakukan.
Renungan
- Apakah peranan atau label yang telah diberikan kepada anda yang anda gemari? (seperti bapa, guru, sahabat, cantik, cerdas.)
- Adakah label atau peranan yang negatif yang telah mengikuti anda sebahagian besar daripada hidup anda? Siapakah yang memberikannya kepada anda—orang lain atau anda sendiri?
Perihal Pelan
Siapakah anda? Soalan ini sering kali menerima balasan yang menyatakan sesuatu yang kita lakukan. Namun, identiti kita datang daripada apa yang Tuhan katakan tentang kita—bukan apa yang kita lakukan, dan tentunya bukan apa yang dikatakan oleh orang lain tentang kita. Mengetahui siapa kita sebagai pengikut Kristus adalah penting dalam perjalanan kita bersama dengan Yesus. Apabila kita mengetahui siapa kita, kita akan mengetahui apa yang harus dilakukan.
More