Siapakah Saya dalam KristusSampel

Who I Am In Christ

HARI 9 DARIPADA 10

Saya Dapat Melakukan Segalanya Melalui Kristus

Serahkan kelemahan anda kepada Allah, dan Dia akan memberikan anda kekuatan-Nya. — Tanpa Nama

Filipi 4:13 mengatakan bahawa dengan kuasa yang diberikan oleh Kristus, kita berdaya menghadapi segala macam keadaan. Ayat ini memberikan galakan tetapi fikirkan tentang harapan yang diberikan apabila kita benar-benar memahami siapa kita ini. Apabila kita memahami bahawa kita ialah…

Anak Allah
Diampuni dan tidak dikutuk
Karya agung Allah
Lebih daripada penakluk
Baru dalam Kristus
Selamat daripada si jahat
Warga syurga

Pada masa itulah kita benar-benar dapat melakukan segalanya melalui kekuatan Kristus. Bukan sekadar beberapa perkara atau sedikit saja perkara, tetapi semua perkara. Hakikatnya, Alkitab berkata bahawa kekuatan Kristus menjadi sempurna dalam kelemahan kita. Ketika kita ingin menarik diri atau berputus asa ialah waktu kuasa-Nya yang hebat terjamin 100%. 

Melalui kuasa Kristus, tidak ada apa-apa yang dapat menguasai kita. Bukan ketakutan, kerisauan, keraguan, kekalahan, kekecewaan, kesepian, kesusahan, atau kesakitan. Kita hanya perlu membetulkan cara berdiri kita daripada meromok kepada bangkit dengan keyakinan dan menyedari kuasa yang sudah dalam jangkauan kita.

Lain kali situasi yang menakutkan menimpa anda atau fikiran yang mengancam datang dalam fikiran anda, ingatlah bahawa anda boleh mengatasinya melalui kuasa Kristus yang bekerja dalam anda dan melalui anda. Anda tidak perlu melakukan perkara yang sukar itu bersendirian atau melalui kekuatan sendiri. Tidak, anda hanya perlu menyatakan kebenaran bahawa anda dapat melakukan segalanya melalui Kristus dan mempercayai bahawa Allah akan menyediakan kuasa-Nya yang sempurna dan tidak berkesudahan. 

Renungan

  • Dengan kata-kata anda sendiri, tuliskan maksud “Saya dapat melakukan segalanya melalui Kristus” bagi anda. 
  • Ulang “Saya dapat melakukan segalanya melalui Kristus” sepanjang hari anda — tetapkan pemasa dan ucapkannya setiap jam supaya kebenaran ini berakar umbi dalam anda. Tuliskannya atas sekeping kad dan meletakkannya di tempat yang kerap dipandang.
  • Fikirkan situasi yang pernah dihadapi atau akan dihadapi, situasi yang dapat menerapkan kebenaran ini.
Hari 8Hari 10

Perihal Pelan

Who I Am In Christ

Siapakah anda? Soalan ini sering kali menerima balasan yang menyatakan sesuatu yang kita lakukan. Namun, identiti kita datang daripada apa yang Tuhan katakan tentang kita—bukan apa yang kita lakukan, dan tentunya bukan apa yang dikatakan oleh orang lain tentang kita. Mengetahui siapa kita sebagai pengikut Kristus adalah penting dalam perjalanan kita bersama dengan Yesus. Apabila kita mengetahui siapa kita, kita akan mengetahui apa yang harus dilakukan.

More

Pelan Alkitab original ini dihasilkan dan disediakan oleh YouVersion.