Siapakah Saya dalam KristusSampel
Saya Telah Diampuni dan Bebas daripada Kutukan
Pengampunan Allah tersedia kepada pesalah yang paling teruk dan sesiapa sahaja yang ingin menerimanya—bukan kerana siapa kita ini, tetapi kerana siapa Dia itu. — Charles Swindoll
Manusia sukar untuk memaafi orang lain. Kita menahan pemaafan yang seharusnya diberikan kepada orang lain. Bukan itu sahaja, kita menyalahkan diri sendiri kerana pilihan kita yang salah bahkan bergelut untuk menerima bahawa kita boleh diampuni.
Kasih Allah yang tidak dapat dijelaskan ditunjukkan kepada kita melalui tindakan-Nya yang tidak mementingkan diri dalam pengutusan Anak-Nya ke dunia ini. Yesus dengan rela hati meninggalkan keselesaan di syurga, kedudukan-Nya di sebelah Bapa, untuk menanggung hukuman yang sangat berat untuk anda dan saya. Dia mati di kayu salib dan mujurlah Dia bangkit daripada kematian pada hari yang ketiga. Pengorbanan-Nya telah menebus kita dan membayar untuk segala dosa: masa lalu, sekarang ini, atau masa hadapan. Disebabkan oleh kasih Allah bagi kita, kita telah diampuni. Biarlah hal ini meresap ke dalam otak anda: kita telah diampuni.
Bukan kerana kita ini baik tetapi kerana Dia baik.
Bukan kerana kita layak menerimanya tetapi kerana Yesus telah menanggung hukuman bagi dosa kita.
Selain daripada menerima pengampunan Allah, kita juga bebas daripada kutukan. Maksudnya Allah tidak mengutuk kita melalui apa cara jua sebaik sahaja kita menjadi pengikut Kristus. Suara yang menyalahkan kita yang didengar daripada orang lain dan juga musuh rohani kita tidak berkuasa—atau seharusnya tidak berkuasa. Kita tidak boleh membiarkan apa-apa tuduhan untuk menghalang kita daripada menjalani kehidupan yang telah diberikan kepada kita oleh Allah. Seperti yang tercatat dalam Roma 8:1 terjemahan Berita Baik, “Sekarang tidak ada lagi hukuman bagi mereka yang hidup bersatu dengan Kristus Yesus.”
Oleh itu, marilah kita cuba sesuatu yang berbeza ketika kita dihujani fikiran yang mengutuk. Marilah kita mengenal pasti fikiran tersebut, dan mengucapkan kebenaran terhadap minda kita. Ya, kita semua telah membuat kesilapan dan tidak hidup berdasarkan standard Allah. Namun, Allah mencurahkan belas kasihan dan rahmat-Nya yang sempurna kepada kita setiap hari. Oleh itu, kita diampuni dan bebas daripada kutukan.
Renungan
- Dengan kata-kata sendiri, tuliskan maksud "Saya telah diampuni dan bebas daripada kutukan” kepada anda.
- Ulang “Saya telah diampuni dan bebas daripada kutukan” sepanjang hari anda — tetapkan pemasa dan ucapkannya setiap jam supaya kenyataan ini berakar umbi dalam anda atau tuliskannya atas sekeping kad dan meletakkannya di tempat yang sering dipandang.
- Fikirkan satu situasi yang pernah dihadapi atau akan dihadapi, situasi yang anda dapat menerapkan kebenaran ini.
Perihal Pelan
Siapakah anda? Soalan ini sering kali menerima balasan yang menyatakan sesuatu yang kita lakukan. Namun, identiti kita datang daripada apa yang Tuhan katakan tentang kita—bukan apa yang kita lakukan, dan tentunya bukan apa yang dikatakan oleh orang lain tentang kita. Mengetahui siapa kita sebagai pengikut Kristus adalah penting dalam perjalanan kita bersama dengan Yesus. Apabila kita mengetahui siapa kita, kita akan mengetahui apa yang harus dilakukan.
More