Lebih Baik BersamaSampel

Better Together

HARI 9 DARIPADA 24

Kesombongan Membinasa, Kerendahan Hati Membina

Kesombongan membinasakan hubungan. Ia muncul dalam pelbagai cara, seperti kritikan, persaingan, kedegilan, dan kedangkalan.

Masalahnya dengan kesombongan adalah ia menipu diri. Semua orang boleh melihatnya dalam diri kita kecuali kita sendiri. Apabila anda bersifat sombong, anda tidak melihatnya dalam hidup anda.

Amsal 16:18 menyatakan, “Kesombongan mengakibatkan kemusnahan, dan keangkuhan mengakibatkan keruntuhan”. Saya suka ayat ini dalam parafrasa terjemahan Message: “Kesombongan itu dahulu daripada kehancuran — makin besar ego, makin besar kehancuran itu."

Kesombongan membinasakan hubungan, tetapi kerendahan hati adalah penawar kesombongan. Kerendahan hati membina hubungan. Alkitab menyatakan dalam 1 Petrus 3:8, “Hendaklah kamu semua seia sekata dan seperasaan. Hendaklah kamu saling mengasihi seperti orang yang bersaudara, dan hendaklah kamu saling berbelas kasihan dan bersikap rendah hati”.

Bagaimanakah anda bertumbuh dalam kerendahan hati? Ia berlaku dengan membenarkan Yesus Kristus mula mengawal fikiran dan hati serta sikap dan reaksi kita. Dia perlu menjadi sebahagian daripadanya. Efesus 4:23-24 menyatakan, “supaya kamu dibaharui di dalam roh dan pikiranmu, dan mengenakan manusia baru (TB).

Bagaimanakah anda menjadi manusia baru? Bagaimanakah anda mula berfikir secara berbeza? Hukum hubungan yang asas adalah: Anda cenderung menjadi seperti orang yang anda menghabiskan masa bersama-sama. Jika anda menghabiskan masa dengan orang yang perengus, anda menjadi lebih perengus. Jika anda menghabiskan masa dengan orang yang gembira, anda menjadi lebih gembira. Jika anda ingin menjadi lebih rendah hati, menghabiskan masa dengan Yesus Kristus. Dia adalah rendah hati. Dia ingin berhubungan dengan anda. Dia mahu anda menghabiskan masa bersama-Nya dalam doa dan membaca Firman-Nya serta bercakap dengan-Nya. Dia adalah rendah hati, dan apabila anda mengenali-Nya, anda akan menjadi seperti-Nya.

“Sebaliknya dengan rendah hati, anggaplah orang lain lebih baik daripada diri sendiri …. Sikap kamu hendaklah seperti sikap Kristus Yesus: Sebenarnya Dia ilahi, tetapi Dia tidak menganggap keadaan-Nya yang ilahi harus dipertahankan-Nya” (Filipi 2:3b, 5-6).

Tiada orang yang pernah melakukan apa-apa yang lebih rendah hati daripada Yesus, datang ke Bumi dari Syurga untuk menjadi manusia, hidup demi kita, memberikan nyawa-Nya untuk kita, dan dibangkitkan untuk kita. Apabila anda menghabiskan masa bersama-Nya, ia menjadikan anda lebih rendah hati, dan itu membina hubungan anda.

Mainkan audio pengajaran hari ini daripada Pastor Rick >>

Hari 8Hari 10

Perihal Pelan

Better Together

Kita tidak mungkin menjadi apa yang diinginkan Allah dan memenuhi tujuan kita di bumi ini tanpa sebarang bantuan. Kita memerlukan satu sama lain, dan kita tergolong dalam Tubuh Kristus! Dalam siri ini, Pastor Rick menjelaskan bagaimana menjalankan kehidupan berhubungan dengan orang lain.

More

Renungan ini © 2015 Rick Warren. Hak cipta terpelihara. Digunakan dengan kebenaran. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.rickwarren.org

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami