Lebih Baik BersamaSampel
Dalam Perjalanan Hidup, Kita Memerlukan Satu Sama Lain!
Alkitab dalam Kolose 2:6-7 mengatakan, “Kamu sudah menerima Kristus Yesus sebagai Tuhan. Oleh itu hendaklah kamu hidup bersatu dengan Dia”. Alkitab kerap membandingkan kehidupan dengan perjalanan, kerana anda tidak duduk sahaja dalam hidup. Kita berjalan! Sepanjang Perjanjian Baru, kita diberitahu agar berjalan dalam kebijaksanaan, dalam kasih, dalam terang, dalam ketaatan, dan dalam Roh.
Walau bagaimanapun, cara utama di mana Allah memberitahu kita untuk berjalan adalah: Anda tidak dimaksudkan untuk berjalan bersendirian dalam hidup ini. Ini tidak kena-mengena dengan status anda yang bujang ataupun sudah berkahwin. Perkahwinan tidak menyelesaikan isu; komunitilah yang menyelesaikan isu. Anda menemui komuniti dalam keluarga rohani anda — Tubuh Kristus.
Sesetengah orang antara anda berkata, “Apakah yang tidak kena dengan berjalan sendiri? Saya suka berjalan sendiri. Sebenarnya, saya memilihnya. Saya boleh berjalan mengikut kelajuan sendiri. Saya tidak perlu menunggu sesiapa.”
Anda mungkin suka berjalan sendiri, tetapi anda memerlukan orang lain untuk berjalan bersama dengan anda dalam hidup. Saya akan memberikan anda tiga sebab.
1. Ia adalah lebih selamat. Pernahkah anda berjalan melalui lorong yang gelap pada waktu malam atau melalui jalan yang panjang di kawasan desa secara bersendirian? Ia agak menakutkan. Memanglah lebih selamat untuk berjalan dalam hidup dengan orang lain.
2. Ia menolong. Terdapat satu pepatah lama Zambia yang berbunyi, “Apabila anda berlari bersendirian, anda berlari dengan cepat. Namun, apabila anda berlari bersama-sama, anda berlari jauh.” Kehidupan bukanlah pecutan 50 ela; ia adalah suatu maraton! Satu-satunya cara anda boleh menamatkan perlumbaan dengan baik dan tidak kehabisan tenaga adalah dengan orang lain yang terlibat dalam hidup anda melalui hubungan yang bermakna.
3. Ia adalah lebih bijak. Anda mempelajari lebih banyak semasa berjalan bersama dengan orang lain daripada semasa berjalan bersendirian. Amsal 28:26 mengatakan, “Orang yang mengikut pendapat sendiri adalah bodoh.” Dengan kata lain, jika anda sahaja yang memikirkan sesuatu dan tiada orang yang bersetuju dengan anda, anda mungkin berjalan mengikut arah yang salah. Apabila anda berjalan bersendirian dalam hidup, anda tidak dapat berkata kepada siapa-siapa, “Kita sudah menyimpang. Kita perlu kembali ke jalan dan arah yang betul.”
Efesus 4:16 mengatakan, “Apabila setiap anggota bekerja dengan sepatutnya, seluruh tubuh itu akan membesar dan menjadi kuat, kerana kasih”.
Anda memerlukan orang lain dalam hidup anda untuk membantu anda bertumbuh menjadi orang yang dimaksudkan Allah. Kehidupan adalah tentang hubungan. Allah adalah kasih, dan Dia mahu anda belajar mengasihi-Nya dan mengasihi orang lain. Itu adalah dua pengajaran yang terbesar dalam hidup.
Mainkan audio pengajaran hari ini daripada Pastor Rick >>
Perihal Pelan
Kita tidak mungkin menjadi apa yang diinginkan Allah dan memenuhi tujuan kita di bumi ini tanpa sebarang bantuan. Kita memerlukan satu sama lain, dan kita tergolong dalam Tubuh Kristus! Dalam siri ini, Pastor Rick menjelaskan bagaimana menjalankan kehidupan berhubungan dengan orang lain.
More