Lebih Baik BersamaSampel

Better Together

HARI 8 DARIPADA 24

Menanam Sifat Tidak Mementingkan Diri dan Mengaup Hidup yang Kekal

Sifat mementingkan diri merosakkan hubungan. Ia adalah sebab utama konflik, perselisihan, penceraian, malah peperangan.

Yakobus 4:1 mengatakan, “Dari manakah datangnya semua perkelahian dan pertengkaran yang berlaku antara kamu? Semua itu berasal daripada keghairahan untuk kesenangan hidup, yang sentiasa bertentangan dalam diri kamu.” Setiap masalah bermula kerana sifat mementingkan diri kita.

Memanglah mudah untuk sifat mementingkan diri menular masuk ke dalam hubungan. Apabila anda memulakan satu hubungan, anda bekerja keras untuk menjadi tidak mementingkan diri. Namun, dengan berlalunya masa, sifat mementingkan diri mula menular masuk. Kita menggunakan lebih banyak tenaga untuk membina hubungan daripada untuk mengekalkannya.

Jika sifat mementingkan diri memusnahkan hubungan, maka, sifat tidak mementingkan dirilah yang membuat hubungan berkembang. Apakah yang dimaksudkan oleh sifat tidak mementingkan diri? Ia bermaksud kurang “saya” dan lebih “anda.” Ia bermaksud berfikir tentang orang lain sebelum berfikir tentang diri sendiri dan mengutamakan keperluan orang lain sebelum keperluan diri (Filipi 2:4).

Sifat tidak mementingkan diri menampilkan sifat terbaik orang lain. Ia membina kepercayaan dalam hubungan. Sebenarnya, jika anda mula bertindak secara tidak mementingkan diri dalam hubungan, ia memaksa orang lain untuk berubah, kerana anda bukanlah orang yang sama lagi, dan mereka perlu mengaitkan diri dengan anda dalam cara yang berbeza. Saya banyak melihatnya — beberapa orang yang paling sukar dikasihi, di mana tiada orang yang ingin mendekati mereka, diubah apabila seseorang bertindak secara baik hati dan tidak mementingkan diri terhadap mereka dan memenuhi keperluan mereka, bukan memberikan apa yang patut diterima mereka.

Alkitab mengatakan dalam Galatia 6:7-8, “Jika seorang menanam menurut tabiat manusianya, dia akan menuai kematian. Tetapi jika dia menanam menurut pimpinan Roh Allah, dia akan menuai hidup sejati dan kekal daripada Roh Allah”.

Inilah prinsip penanaman dan penuaian. Apa yang anda tanam, anda akan tuai. Allah mengganjar sifat tidak mementingkan diri dengan hidup yang kekal. Dia telah menetapkan alam semesta di mana semakin tidak mementingkan dirinya anda, semakin banyak Dia akan memberkati anda. Mengapa? Kerana Dia mahu anda menjadi seperti-Nya, dan Allah bersifat tidak mementingkan diri. Segala sesuatu yang anda miliki dalam hidup ini adalah kurnia daripada Allah, kerana Dia bersifat tidak mementingkan diri terhadap anda.

Anda adalah paling berpuas hati dalam hidup ini apabila anda memberikan diri anda. Yesus berkata, “Sesiapa yang mengorbankan hidupnya untuk-Ku dan untuk Berita Baik daripada Allah, akan menyelamatkannya” (Markus 8:35b).

Mainkan audio pengajaran hari ini daripada Pastor Rick >>

Hari 7Hari 9

Perihal Pelan

Better Together

Kita tidak mungkin menjadi apa yang diinginkan Allah dan memenuhi tujuan kita di bumi ini tanpa sebarang bantuan. Kita memerlukan satu sama lain, dan kita tergolong dalam Tubuh Kristus! Dalam siri ini, Pastor Rick menjelaskan bagaimana menjalankan kehidupan berhubungan dengan orang lain.

More

Renungan ini © 2015 Rick Warren. Hak cipta terpelihara. Digunakan dengan kebenaran. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.rickwarren.org