Collective: Menemukan Kehidupan Bersama-samaSampel
Adakah orang lain menyukai saya? Adakah saya menyukai diri?
Media sosial boleh mewujudkan budaya perbandingan. Ia bagaikan papan mata digital yang tidak pernah malap. Kita terperangkap dalam membuat perbandingan berapa banyak orang yang menyukai gambar kita berbanding gambar orang lain. Kita melihat sekumpulan kawan yang menghantar gambar mereka yang berkumpul bersama-sama dan tertanya-tanya—Kenapa saya tidak dijemput? Mengapa saya rasa amat sepi?
Kita perlu sedar bahawa: Hal digital sering kali bertujuan untuk menipu. Kita membandingkan seluruh kehidupan kita dengan gambar kehidupan orang lain. Suapan yang telah ditapis boleh membuat kita fikir bahawa semua orang mempunyai kehidupan yang lancar sementara kita bergumul di sebalik tabir. Pada hakikatnya, orang yang kita fikir memiliki segala sesuatu itu mungkin mengalami pergumulan yang sama dengan kita. Cumanya, kita tidak melihat bahagian itu.
Oleh itu, kita perlu berhenti membuat perbandingan dan bersaing. Yesus banyak mengajar kita tentang ini dalam Matius 9:36. Dalam cerita itu, Yesus melihat orang ramai, dan Dia mengasihani mereka.
Marilah berterus-terang. Apabila anda melihat orang ramai—adakah anda merasakan belas kasihan ataupun merasakan persaingan?
Jika kita melihat persaingan, kita tidak akan merasakan belas kasihan, dan jika kita tidak memiliki belas kasihan, kita akan kehilangan hubungan kita.
Maka, hentikanlah kitaran perbandingan yang tidak berhujung ini dan sebaliknya memilih untuk menerima identiti kita dalam Kristus. Apakah rupa itu?
Identiti anda tidak berdasarkan perasaan anda tetapi berdasarkan pemenuhan Roh Kudus. Apabila anda mengikuti Yesus, Roh sama yang telah membangkitkan Dia daripada kematian diam dalam anda. Jadi, pada waktu anda rasa anda tidak mencukupi, anda boleh mengingati bahawa perasaan akan berubah, tetapi Allah kita tetap sama, baik dahulu, sekarang, dan selama-lamanya. Hasil daripada apa yang telah dilakukan Yesus demi kita, Allah tidak melihat dosa anda, Dia melihat Anak-Nya.
Anda dicipta menurut gambar dan rupa Allah. Anda memiliki Roh Kudus dalam anda. Pada waktu paling teruk anda atau waktu terbaik anda, Allah mengasihi anda, Dia hadir untuk anda, dan Dia telah memilih anda. Apabila anda tidak merasakan itu, bagaimanapun bacalah Firman Allah. Buat pengesahan harian berasaskan Kitab Suci untuk mengingatkan diri tentang siapa diri anda sebagaimana yang dikatakan Allah.
Apabila anda sedar siapa anda, anda boleh berhenti membuat perbandingan dan mula meraikan cara unik di mana Allah telah mencipta setiap seorang daripada kita.
Pertimbangkan: Bagaimanakah anda berhenti membuat perbandingan dan mula meraikan orang lain dalam kehidupan anda? Apakah langkah-langkah yang anda perlu ambil untuk betul-betul mempercayai siapa diri anda sebagaimana yang dikatakan Allah?
Doa: Allah, terima kasih kerana Yesus. Terima kasih kerana kasih karunia-Mu dan kasih-Mu. Tolonglah saya untuk mula mengenali dan mempercayai apa yang Engkau katakan tentang diri saya. Tolonglah saya untuk berhenti membandingkan diri saya dengan orang lain dan mula meraikan orang di sekeliling saya. Berikan saya belas kasihan untuk diri saya dan untuk orang lain di sekeliling saya. Dalam nama Yesus. Amin.
Perihal Pelan
Apabila anda mencapai umur 18 tahun, anda rasa bahawa anda telah memahami kehidupan anda. Namun, bagaimana kalau anda tidak memahaminya? Bagaimana kalau keadaan yang difikirkan anda bukanlah keadaan anda sekarang? Anda tidak bersendirian. Marilah kita sama-sama memahami persoalan terbesar kehidupan dalam Pelan Alkitab selama 7 hari oleh Collective ini, satu pengajian untuk golongan belia daripada Life.Church.
More