Collective: Menemukan Kehidupan Bersama-samaSampel
Adakah semua orang sepi seperti saya?
Sekarang ini maklumat sedia ada kepada kita 24/7. Anda boleh mencari apa-apa sahaja melalui google, pada bila-bila masa. Anda boleh mencari video YouTube yang berguna tentang cara membaiki tayar pancit, cara membuat belanjawan, atau cara memasak ramen. Sementara pengetahuan tersebut mendatangkan manfaat, memanglah mudah untuk mencari terlalu banyak maklumat secara berasingan—yang bukan tujuan penciptaan kita.
Allah telah mencipta kita untuk hidup dalam komuniti. Itu merupakan perkataan yang banyak digunakan di gereja, yang pada asasnya memaksudkan kita memerlukan kawan yang baik. Mengapa? Kerana mencari maklumat secara berasingan jarang membawa transformasi. Kita memerlukan kebijaksanaan, dan kebijaksanaan bertumbuh dengan baik sekali dalam komuniti.
Marilah kembali ke permulaannya. Perkara pertama yang Allah katakan adalah "tidak baik" buat manusia adalah hidup seorang diri. Kita dicipta untuk memerlukan orang lain. Yesus menunjukkan contoh ini kepada kita dalam kehidupan dan pelayanan-Nya di dunia ini.
Yesus telah memilih 12 orang yang tidak sempurna untuk hidup bersama-sama-Nya. Mereka makan bersama-sama, berdoa bersama-sama, dan melayani bersama-sama. Mengapakah Dia melakukan ini? Yesus tidak memerlukan orang lain. Dia Yesus. Barangkali ia bertujuan menunjukkan kepada kita bagaimana mengasihi orang yang tidak sempurna demi tujuan-Nya yang sempurna.
Yesus menunjukkan kepada kita rupanya memiliki kawan yang baik. Dia sedar bahawa ia merugikan-Nya. Dia tahu bahawa Yudas akan mengkhianati-Nya. Secara terus terang, ada kalanya Petrus bersifat pelik. Dia tahu Petrus akan menyangkal-Nya dan menolak-Nya, tetapi Yesus tetap mengasihi mereka.
Terdapat pengajaran daripada kasih jenis ini. Kita kerap terlalu asyik dengan memiliki kawan yang sempurna sehinggakan kita terlepas orang di hadapan kita yang berpotensi menjadi kawan kita. Apabila kita menemui kawan kita, kita perlu mengasihi mereka—termasuk kekurangan mereka—seperti cara Yesus mengasihi kita.
Satu lagi manfaat penting komuniti adalah Yesus bukan sahaja menjadi contoh kepada kita malah berjanji untuk berada di tengah-tengahnya. Yesus berkata apabila dua atau tiga orang berkumpul kerana Dia, Dia pun di situ bersama-sama mereka. Itu merupakan sebab yang agak menambat perhatian untuk menghabiskan masa bersama dengan orang lain.
Jadi, jika anda cuba memahami rancangan kehidupan anda tanpa orang di sekeliling anda, ia mungkin tidak akan berjalan seperti yang dijangkakan. Kita memerlukan orang lain untuk mengerjakan tujuan kita. Kita memerlukan orang lain untuk mengetahui siapa kita. Kita memerlukan orang lain untuk mendorong kita, menguatkan kita, berdoa bersama kita, mencabar kita, dan membantu kita bangkit semula apabila kita jatuh berulang kali.
Keadaan akan menjadi kucar-kacir. Ia tidak selalu masuk akal. Namun, apabila anda memilih untuk menjadi seperti Yesus dan mengasihi seperti Yesus—anda akan sedar bahawa anda sedang menuju arah yang lebih baik daripada yang dibincangkan pada hari pertama.
Pertimbangkan: Siapakah yang berpotensi menjadi kawan anda tetapi tidak dihiraukan kerana anda inginkan kawan yang sempurna?
Doa: Yesus, terima kasih kerana menunjukkan kepada kami rupanya berkomuniti dan berjanji untuk menyertai kami apabila kami berkumpul bersama-sama. Tolonglah saya untuk lebih bergantung pada-Mu dan orang lain yang telah ditempatkan-Mu dalam kehidupan saya. Tolonglah saya untuk mengasihi seperti-Mu. Dalam nama-Mu. Amin.
Perihal Pelan
Apabila anda mencapai umur 18 tahun, anda rasa bahawa anda telah memahami kehidupan anda. Namun, bagaimana kalau anda tidak memahaminya? Bagaimana kalau keadaan yang difikirkan anda bukanlah keadaan anda sekarang? Anda tidak bersendirian. Marilah kita sama-sama memahami persoalan terbesar kehidupan dalam Pelan Alkitab selama 7 hari oleh Collective ini, satu pengajian untuk golongan belia daripada Life.Church.
More