Collective: Menemukan Kehidupan Bersama-samaSampel

Collective: Finding Life Together

HARI 1 DARIPADA 7

Tertanya-tanya sama ada kehidupan anda menuju arah yang betul? 

Sebaik sahaja anda mencapai umur 18 tahun, rasanya anda sudah dewasa dan harus hidup dengan wajar. Walau bagaimanapun, bagaimana pula dengan waktu di mana anda mempunyai lebih banyak soalan daripada jawapan? Apabila anda berasa seolah-olah anda tidak memenuhi jangkaan diri atau jangkaan orang lain terhadap anda? Apabila anda fikir keadaan anda yang seharusnya bukan keadaan anda sekarang, dan anda tidak pasti tentang destinasi anda yang seterusnya?

Bernafas. Bocoran cerita—tiada orang yang betul-betul memahami kehidupan mereka, tetapi itulah soalnya. Kita semua sedang belajar bergantung pada Allah dan orang lain di sekeliling kita untuk menjalankan kehidupan langkah demi langkah. Sebenarnya, Yesus berkata jangan khuatiri hari esok, kerana cukuplah kesusahan hari ini.

Betul, bukan? Apabila kita mula berfikir tentang kewangan kita dan masa depan kita serta kerjaya dan hubungan—ia menjadi amat kuat. Namun, apabila kita berhenti sejenak dan melihatnya hari demi hari, kita mula meredakan tekanan terhadap diri dan sebaliknya mula mencari Allah.

Berkenaan kehidupan, ia adalah sangat singkat. Itu kedengaran menyedihkan, tetapi Mazmur 90:12 menyatakan bahawa menghitung hari-hari kita membawa kepada kebijaksanaan. Pelik? Tidak juga. Apabila kita sedar bahawa kita tidak dijanjikan esok, kita melihat setiap hari sebagai kurnia daripada Allah. Satu kurnia yang dipenuhi rahmat baru. Kasih karunia baru. Dan lebih banyak peluang untuk belajar dan bertumbuh.

Jadi, jika anda tertanya-tanya sama ada kehidupan anda sedang bergerak dalam arah yang betul, anda tidak bersendirian. Sebagai manusia, kita cenderung menginginkan lebih banyak jawapan apabila kita sebenarnya lebih memerlukan Allah.

Walau bagaimanapun, ia adalah soalan yang tepat. Meskipun pada zaman Yesus, orang mengajukan soalan yang besar. Ada orang yang pernah menanya Dia tentang perintah yang paling utama.

Balasan Yesus adalah amat mudah tetapi amat sukar. Dia berkata perkara yang paling penting yang kita boleh lakukan adalah mengasihi Allah dan mengasihi orang lain. Pada satu ketika yang lain, Yesus mengatakan bahawa dunia akan mengenal pengikut-Nya melalui cara mereka saling mengasihi. 

Maka, memanglah munasabah untuk mengatakan bahawa jika anda mengasihi Allah dan mengasihi orang di sekeliling anda, barangkali anda di jalan yang betul.

Sepanjang beberapa hari seterusnya, kita akan menerokai beberapa soalan menjadi orang dewasa yang difikirkan kita dari masa ke masa dan melihat bagaimana Yesus menemui kita di tengah-tengah kehidupan biasa kita dalam cara yang luar biasa.

Pertimbangkan: Apakah beberapa cara di mana saya boleh mengasihi Allah dan mengasihi orang di sekeliling saya? 

Doa: Allah, terima kasih kerana Engkau berdaulat dan bahawa saya boleh meninggalkan semua kerisauan saya tentang masa depan kepada-Mu. Terima kasih kerana kasih karunia, belas kasihan, dan kasih-Mu. Tolonglah saya untuk bergantung pada-Mu—bukan bergantung pada usaha saya. Ajarlah saya untuk menghitung hari-hari saya dan memanfaatkan masa saya yang singkat di dunia ini. Tolonglah saya untuk lebih mengasihi-Mu dan orang lain setiap hari. Dalam nama Yesus. Amin. 

Ingin mengetahui lebih lanjut tentang menjadi belia? Tontonlah video pengajian 5 bahagian yang disertakan, Collective. 

Hari 2

Perihal Pelan

Collective: Finding Life Together

Apabila anda mencapai umur 18 tahun, anda rasa bahawa anda telah memahami kehidupan anda. Namun, bagaimana kalau anda tidak memahaminya? Bagaimana kalau keadaan yang difikirkan anda bukanlah keadaan anda sekarang? Anda tidak bersendirian. Marilah kita sama-sama memahami persoalan terbesar kehidupan dalam Pelan Alkitab selama 7 hari oleh Collective ini, satu pengajian untuk golongan belia daripada Life.Church.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Life.Church kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.life.church/