Collective: Menemukan Kehidupan Bersama-samaSampel

Collective: Finding Life Together

HARI 3 DARIPADA 7

Bagaimanakah saya mencari kawan?

Kita telah menunjukkan bahawa mencari kawan adalah agak penting demi menemui arah dalam kehidupan anda. Walau bagaimanapun, berkawan sebagai orang dewasa mungkin rasa kekok dan aneh. Jadi, bagaimanakah anda mencari kawan?

Pertama, ketahuilah bahawa Allah setia memberi. 1 Yohanes 5:14 mengatakan kita boleh yakin bahawa Allah mendengar kita apabila kita meminta sesuatu kepada-Nya menurut kehendak-Nya. Berhubungan dengan orang lain dalam kehidupan merupakan sebahagian daripada rancangan Allah bagi kita. Jadi, kita boleh yakin bahawa semasa kita berdoa kepada Allah untuk membawa kawan kepada kita, Dia akan mengabulkannya.

Yesus berkata seperti ibu bapa baik yang tidak memberikan apa yang tidak baik kepada anak mereka, apabila kita meminta sesuatu daripada-Nya, Dia tidak akan memperdaya kita. Berdoalah agar orang yang betul datang ke dalam kehidupan anda pada masa yang tepat. Semasa anda berdoa, dengarlah apa yang Roh Kudus minta anda lakukan. Barangkali rakan sekerja anda akan mengajak anda makan tengah hari bersama-sama. Barangkali anda akan mengenali seseorang yang dilayani di gereja. 

Ada satu perkara. Mencari kawan menghendaki anda melangkah keluar dari zon selesa anda dan menyedari bahawa ada kalanya penolakan tidak dapat dielakkan. Demi mencari tempat di mana anda betul-betul rasa tergolong, anda perlu mengambil risiko. Anda perlu melibatkan diri tanpa mengetahui hasilnya atau siapa yang mungkin menerima anda. Ini kerana menghadapi takut terhadap penolakan adalah kunci perhubungan.

Jadi, apabila anda rasa ada seseorang yang harus dijangkau, lakukannya! Manalah tahu anda jugalah jawapan kepada doa mereka untuk komuniti. 

Pertimbangkan: Siapakah yang ditempatkan Allah dalam kehidupan anda? Bagaimanakah anda boleh melangkah keluar dari zon selesa anda untuk membentuk persahabatan dengan mereka itu? 

Doa: Allah, terima kasih kerana menjadi Bapa baik yang mengambil berat tentang setiap bahagian kehidupan kami. Hari ini, saya memohon agar Engkau membawa orang ke dalam kehidupan saya. Tolonglah saya untuk memiliki keberanian untuk mengatasi takut terhadap penolakan dan menemukan perhubungan yang benar. Berikan saya keberanian untuk menjemput orang lain ke dalam kehidupan saya minggu ini. Dalam nama Yesus. Amin. 

Hari 2Hari 4

Perihal Pelan

Collective: Finding Life Together

Apabila anda mencapai umur 18 tahun, anda rasa bahawa anda telah memahami kehidupan anda. Namun, bagaimana kalau anda tidak memahaminya? Bagaimana kalau keadaan yang difikirkan anda bukanlah keadaan anda sekarang? Anda tidak bersendirian. Marilah kita sama-sama memahami persoalan terbesar kehidupan dalam Pelan Alkitab selama 7 hari oleh Collective ini, satu pengajian untuk golongan belia daripada Life.Church.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Life.Church kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.life.church/