Penyangga Jalan: Mengelakkan Kekesalan dalam Kehidupan AndaSampel
Sama ada di rumah atau di tempat kerja, sebagai sebahagian daripada kumpulan kawan atau keluarga, kita telah mempelajari cara memantau dan mengubah suai kelakuan kita. Duduk tegak. Katakan tolong. Pakai ini. Buat itu.
Walau bagaimanapun, sekali-sekala, kita mengatakan atau melakukan sesuatu yang tidak munasabah. Ia seolah-olah sesuatu tertumpah—mungkin naik radang atau kata-kata yang menyakitkan hati. Kita mungkin berkata kemudiannya, "Saya tidak tahu dari mana datangnya itu!"
Namun, kita tahu, jika kita cukup jujur dan berani untuk menghadapinya. Ia datang daripada dalam kita. Kedua-dua Yesus dan Raja Saloma memberitahu kita bahawa masalahnya terletak dalam hati kita.
Kita memerlukan penyangga jalan untuk hati kita. Disebabkan, akhirnya, kelakuan kita (di luar) akan mencerminkan apa yang berlaku di dalam.
Terdapat empat emosi yang harus memberi isyarat kepada hati nurani kita. Ia harus menyebabkan kita untuk berhenti sejenak dan melihat ke dalam untuk melihat apa yang sedang berlaku dalam hati kita. Emosi tersebut adalah rasa bersalah, kemarahan, ketamakan, dan kecemburuan.
Rasa bersalah berkata, "Saya berhutang kepada kamu." Saya terhutang sesuatu kerana saya telah mengambil sesuatu daripada anda. Sebagai respons terhadap rasa bersalah, buatlah pengakuan. Membuat pengakuan kepada orang yang disakiti; mendedahkannya.
Kemarahan berkata, "Kamu berhutang kepada saya." Anda menyakiti saya atau mengambil sesuatu daripada saya. Sebagai respons terhadap kemarahan, maafkanlah. Memaafkan orang yang berhutang kepada anda. Melepaskan mereka.
Ketamakan berkata, "Saya berhutang kepada diri." Ketamakan adalah anggapan bahawa segala sesuatu adalah untuk penggunaan saya. Sebagai respons terhadap ketamakan, berilah. Jadilah pemberi yang murah hati. Tanpa syarat. Tanpa menyimpan rekod.
Kecemburuan berkata, "Kehidupan berhutang kepada saya." Seseorang yang lain mendapat apa/orang yang saya patut dapat. Sebagai respons terhadap kecemburuan, raikanlah orang itu. Tuliskan nota kepada mereka. Memuji mereka kerana perkara yang membuat anda rasa cemburu itu.
Apabila kita melanggar penyangga jalan emosi ini, kita perlu memberikan perhatian. Ia menyedarkan kita tentang bahaya. Tidak mengendahkan amaran itu dan kekesalan akan menanti anda di sebelah yang satu lagi.
Jika anda seronok membaca pelan ini, tontonlah lima video Andy Stanley tentang Guardrails - juga banyak video pengajian Alkitab lain yang percuma - di http://anthology.study.
Perihal Pelan
Penyangga jalan dipasang untuk mengelakkan kenderaan kita daripada memasuki kawasan berbahaya atau kawasan larangan. Kita kerap kali tidak melihatnya sehinggga kita memerlukannya—dan ketika itu kita rasa bersyukur kerana adanya penyangga jalan itu. Bagaimana kalau kita mempunyai penyangga jalan dalam hubungan, kewangan, dan kerjaya kita? Apakah rupa penyangga jalan tersebut? Bagaimanakah ia mengelakkan kita daripada kekesalan masa hadapan? Sepanjang lima hari yang seterusnya, marilah menerokai bagaimana memasang penyangga jalan peribadi.
More