Penyangga Jalan: Mengelakkan Kekesalan dalam Kehidupan AndaSampel

Guardrails: Avoiding Regrets In Your Life

HARI 2 DARIPADA 5

Kekesalan terbesar kita biasanya berkaitan dengan orang yang dianggap kawan. Barangkali kekesalan terbesar anda berkaitan dengan seseorang rakan kerja, kawan sedarjah, atau bekas teman lelaki. Barangkali sekumpulan kawan yang, dengan pengalaman yang lalu, anda harap tidak pernah dikenali. Meskipun anda bersendirian, kekesalan terbesar anda kemungkinan terhasil daripada suatu hubungan. 

Persahabatan yang malang ini telah mengajar kita (sering kalinya dengan cara yang sukar) bahawa masa depan kita dipengaruhi oleh orang yang menghabiskan masa bersama kita. Itulah sebabnya mengapa kita memerlukan penyangga jalan hubungan. 

Saloma, salah seorang lelaki yang paling bijak yang pernah hidup, menulis: "Orang yang bergaul dengan orang bijak akan menjadi bijak . . ." Dengan kata lain, kebijaksanaan boleh berjangkit. Jalankan kehidupan dengan orang yang bijak dan, dengan peredaran masa, anda akan menjadi bijak. Ia berlaku secara automatik.

Bahagian keduanya: ". . . orang yang bersahabat dengan orang bodoh akan celaka." Apabila anda menghabiskan masa bersama orang bodoh, anda akan terlibat dalam akibat keputusan buruk mereka. Anda akan terkena serpihan peluru. Reputasi anda akan dirosakkan seperti reputasinya. Anda akan dipecat sepertinya. Anda juga tidak akan dijemput lagi sepertinya. 

Penyangga jalan hubungan membantu kita mengelakkan "luruhan kebodohan." 

Jadi, semasa anda berfikir tentang persahabatan anda, berikut adalah beberapa penyangga jalan yang harus dipertimbangkan. Apabila salah satu daripada ini berlaku, biarlah ia menyalakan hati nurani anda sebelum anda diapa-apakan.

1. Anda mendapati diri berpura-pura menjadi seseorang yang bukan diri anda yang sebenar.

2. Anda mempertimbangkan sesuatu yang sebelum ini bukan satu godaan. 

3. Anda berharap orang yang diambil berat oleh anda tidak mengetahui di mana anda berada.

Ingatlah, penyangga jalan tidak dimaksudkan untuk menyatakan bahawa sesuatu itu (atau seseorang itu) adalah betul atau salah. Ia bertujuan memimpin anda kembali ke arah kebijaksanaan. Oleh itu, adakah mana-mana persahabatan anda berubah haluan ke zon bahaya? Penyangga jalan yang manakah dilanggar anda dan apakah yang anda akan buat tentang itu?

Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

Guardrails: Avoiding Regrets In Your Life

Penyangga jalan dipasang untuk mengelakkan kenderaan kita daripada memasuki kawasan berbahaya atau kawasan larangan. Kita kerap kali tidak melihatnya sehinggga kita memerlukannya—dan ketika itu kita rasa bersyukur kerana adanya penyangga jalan itu. Bagaimana kalau kita mempunyai penyangga jalan dalam hubungan, kewangan, dan kerjaya kita? Apakah rupa penyangga jalan tersebut? Bagaimanakah ia mengelakkan kita daripada kekesalan masa hadapan? Sepanjang lima hari yang seterusnya, marilah menerokai bagaimana memasang penyangga jalan peribadi.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada North Point Ministries dan Andy Stanley kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.anthology.study/anthology-app