Penyangga Jalan: Mengelakkan Kekesalan dalam Kehidupan AndaSampel
Apabila anda fikir tentang penyangga jalan kewangan, anda mungkin fikir tentang mengelak daripada berhutang. Tidak berhutang adalah baik, tetapi menurut Yesus, anda mungkin tidak berhutang dan memiliki banyak wang di bank tetapi masih berada dalam longkang kewangan. Menarik, bukan? Terus membaca.
Dalam ayat hari ini daripada Matius, Yesus berkata bahawa kita semua mempunyai seseorang atau sesuatu sebagai tuan kita (atau yang memiliki kita). Kemudian, Dia memberikan dua pilihan yang tidak dijangka: Allah atau wang. Kebanyakan daripada kita akan menjangka Dia untuk berkata kita boleh mempunyai Allah atau Iblis sebagai tuan. Namun, Yesus berkata pesaing utama-Nya ialah wang kita.
Pada asasnya, Dia mengatur soalan itu: Adakah kita memiliki wang atau adakah wang memiliki kita?
Tanpa penyangga jalan kewangan, kebanyakan daripada kita akan jatuh dalam salah satu daripada dua longkang. Kita sama adanya terjatuh dari cenuram perbelanjaan atau merempuh median penyimpanan. Satu adalah keinginan yang tidak terkawal: membeli, menaik taraf, ulang. Yang satu lagi adalah ketakutan yang tidak terkawal: Bagaimana jika saya tidak memiliki secukupnya? Bagaimana jika itu berlaku kepada saya?
Dalam kedua-dua keadaan, wang adalah tuan kita. Kita mengejarnya supaya kita boleh menggunakannya sekarang. Ataupun, kita mengejarnya supaya kita boleh menyimpannya dan menggunakannya kemudian.
Kita memerlukan penyangga jalan kewangan yang menjadikan Allah tuan kita. Itulah yang kita lihat dalam Matius 6:33, tersorok di akhir perbincangan panjang tentang cara kita harus melihat dan menggunakan wang kita. Cuma tiga perkataan sahaja: "utamakanlah Pemerintahan Allah."
Kerajaan Allah adalah kerajaan yang mengutamakan orang lain. Ataupun, menggunakan perkataan yang sama seperti hari sebelumnya: dalam kerajaan Allah, perkara yang terbaik untuk orang lain adalah perkara yang terbaik. Penyangga jalan yang akan melindungi kita daripada longkang perbelanjaan dan penyimpanan adalah mengutamakan orang lain dalam kewangan kita.
Memberi kepada orang lain dahulu. Kedua, simpan untuk masa depan anda. Kemudian, hidup menggunakan yang selebihnya.
Beri dahulu. Simpan kemudian. Hidup menggunakan selebihnya.
Inilah berita baik tentang penyangga jalan ini: ia boleh bersifat automatik. Sesudah anda mengenal pasti organisasi atau perjuangan yang diambil berat dan menetapkan satu sistem pemberian, penyangga jalan ini akan melindungi kewangan anda tanpa sebarang usaha atau fikiran tambahan.
Perihal Pelan
Penyangga jalan dipasang untuk mengelakkan kenderaan kita daripada memasuki kawasan berbahaya atau kawasan larangan. Kita kerap kali tidak melihatnya sehinggga kita memerlukannya—dan ketika itu kita rasa bersyukur kerana adanya penyangga jalan itu. Bagaimana kalau kita mempunyai penyangga jalan dalam hubungan, kewangan, dan kerjaya kita? Apakah rupa penyangga jalan tersebut? Bagaimanakah ia mengelakkan kita daripada kekesalan masa hadapan? Sepanjang lima hari yang seterusnya, marilah menerokai bagaimana memasang penyangga jalan peribadi.
More