Penyangga Jalan: Mengelakkan Kekesalan dalam Kehidupan AndaSampel

Guardrails: Avoiding Regrets In Your Life

HARI 3 DARIPADA 5

Kita semua mengenali seseorang, atau merupakan seseorang, atau akan mengasuh seseorang yang akan memiliki kehidupan yang amat berbeza jika dia mempunyai penyangga jalan untuk menentukan kemoralan seksnya. 

Berbuat demikian bukanlah pilihan yang popular. Sebenarnya, tiada lingkungan lain di mana budaya lebih memerangkap kita ke arah pinggir (dan kemudiannya memarahi kita dengan keras dan memalukan kita apabila kita membuat kesilapan) daripada hal berkenaan batasan moral. Kita menonton wayang, mendengar lagu, dan membaca buku yang membesar-besarkan seks di luar nikah. Kita menghiburkan diri dengannya sepanjang masa. Namun, apabila ia betul-betul berlaku . . . apabila seseorang yang dikenali berlaku curang? Kita terkejut. 

Maka, peringatan adil: budaya akan menentang usaha anda untuk mewujudkan penyangga jalan moral. Walau bagaimanapun, dalam ayat hari ini, rasul Paulus menjelaskan sebab mengapa ia adalah penting. 

Dia mengatakan bahawa ketakmoralan seks memudaratkan terutama sekali. Sebenarnya, dia meletakkannya dalam kategori tersendiri, mengatakan bahawa ia berdosa "terhadap tubuhnya sendiri." Dengan kata lain, ia memudaratkan orang yang terlibat dan ia memudaratkan anda. Di samping itu, anda tidak mungkin mengelakkan diri daripada akibatnya. Anda boleh pulih sepenuhnya dari segi kewangan. Anda boleh pulih sepenuhnya dari segi akademik. Namun, berkenaan dosa seks, ia adalah berbeza. Diampunkan? Sudah tentu. Ia tidak berhubung kait dengan penerimaan Allah dan kasih-Nya terhadap anda. Cumanya berhubungan dengan dosa seks, ia tidak dapat dibalikkan.

Jadi, apakah nasihat Paulus? "Jauhkanlah diri . . ." 

Bukankah itu apa yang setiap suami ingin isterinya untuk lakukan? Hal yang setiap isteri ingin suaminya untuk lakukan? Hal yang setiap abang ingin adik perempuannya untuk lakukan? "Jauhkanlah diri kamu daripada perbuatan cabul."

Bagaimanakah kita menjadikan itu penyangga jalan peribadi? Marilah pertimbangkan bagaimana Yesus mendefinisikan dosa, sesudah itu kita akan lihat bagaimana mengamalkannya terhadap dosa seks. Sepanjang pelayanan-Nya, Yesus mengajar bahawa perkara yang terbaik untuk orang lain adalah perkara yang terbaik. Maka, dosa adalah apa-apa yang tidak sebaik itu. Bila-bila saya meletakkan diri sebelum anda sehingga menjejaskan anda, itu adalah dosa. Bila-bila anda meletakkan diri anda sebelum saya sehingga menjejaskan saya, itu adalah dosa. 

Jadi, penyangga jalan bagi keseksualan kita harus melindungi kita daripada apa-apa yang bukan perkara yang terbaik untuk orang lain. Adakah ia membuat orang lain rasa malu? Adakah ia menjadi rahsia yang disimpan sepanjang hayat mereka? Adakah ia menjejaskan hubungan masa depan mereka? Maka, seperti yang dikatakan oleh Paulus, "jauhkanlah diri." 

Hari 2Hari 4

Perihal Pelan

Guardrails: Avoiding Regrets In Your Life

Penyangga jalan dipasang untuk mengelakkan kenderaan kita daripada memasuki kawasan berbahaya atau kawasan larangan. Kita kerap kali tidak melihatnya sehinggga kita memerlukannya—dan ketika itu kita rasa bersyukur kerana adanya penyangga jalan itu. Bagaimana kalau kita mempunyai penyangga jalan dalam hubungan, kewangan, dan kerjaya kita? Apakah rupa penyangga jalan tersebut? Bagaimanakah ia mengelakkan kita daripada kekesalan masa hadapan? Sepanjang lima hari yang seterusnya, marilah menerokai bagaimana memasang penyangga jalan peribadi.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada North Point Ministries dan Andy Stanley kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.anthology.study/anthology-app