Penyangga Jalan: Mengelakkan Kekesalan dalam Kehidupan AndaSampel

Guardrails: Avoiding Regrets In Your Life

HARI 1 DARIPADA 5

Tiada orang yang merancang untuk memusnahkan kehidupan mereka sama seperti mereka tidak merancang untuk meranapkan kereta mereka. Di atas jalan, kita mempunyai penyangga jalan untuk mengelakkan kita daripada memasuki kawasan yang berbahaya atau kawasan larangan. Bagaimana kalau kita mempunyai penyangga jalan yang boleh melakukan perkara yang sama dalam kehidupan kita?

Beberapa daripada kekesalan terbesar kita boleh dielakkan atau sekurang-kurangnya dikurangkan jika kita mempunyai penyangga jalan peribadi untuk wang, hubungan, kemoralan, dan emosi kita.

Penyangga jalan peribadi adalah standard kelakuan berkaitan dengan hati nurani. Ia adalah peraturan yang anda tetapkan untuk diri sendiri, yang akan menyalakan hati nurani anda apabila anda melanggarnya. Seperti penyangga jalan lebuh raya, ia dipasang di mana ia adalah masih selamat. Lama sebelum anda memusnahkan kerjaya anda, penyangga jalan peribadi harus memberitahu anda bahawa anda sedang menuju masalah. Lama sebelum anda mengucapkan kata-kata yang tidak dapat ditarik balik, penyangga jalan peribadi harus mengingatkan anda untuk mempertimbangkan kata-kata anda dengan teliti.

Rasul Paulus memberikan kita nasihat yang berguna semasa kita mula memasangkan penyangga jalan sendiri: "Perhatikanlah cara hidup kamu dengan baik. Janganlah hidup seperti orang bodoh, tetapi hiduplah seperti orang bijak . . ."

Rasul Paulus sedar (barangkali anda pernah mengalaminya) bahawa anda boleh menghadapi kekucar-kaciran tanpa melanggar undang-undang. Anda boleh memusnahkan kewangan anda dengan berbelanja secara tidak beretika. Anda boleh memusnahkan hubungan tanpa melakukan sesuatu yang berdosa.

Penyangga jalan bukan sahaja bertujuan menjaga keselamatan anda dengan memastikan anda berada di kawasan yang betul lwn. salah. Ia dimaksudkan untuk memastikan anda berada di sebelah kebijaksanaan

Jadi, berikut adalah soalan yang kita akan gunakan untuk wang, hubungan, kemoralan, dan emosi kita sepanjang beberapa hari seterusnya: Berdasarkan pengalaman lampau saya, keadaan semasa saya, dan harapan serta impian masa depan saya, apakah perkara bijak yang harus dilakukan?

Dalam perkahwinan anda . . . dalam kerjaya anda . . . dari segi tempat yang harus didiami atau cara anda harus menghabiskan masa anda . . . apakah perkara bijak yang harus dilakukan?

Bagaimanakah soalan itu mengubah pilihan atau situasi yang paling dikesali pada masa lampau anda? Dari segi apakah ia boleh membantu anda hari ini? Jika anda hidup terlalu dekat dengan tebing, mungkin sudah tiba masanya untuk memasangkan penyangga jalan. 

Hari 2

Perihal Pelan

Guardrails: Avoiding Regrets In Your Life

Penyangga jalan dipasang untuk mengelakkan kenderaan kita daripada memasuki kawasan berbahaya atau kawasan larangan. Kita kerap kali tidak melihatnya sehinggga kita memerlukannya—dan ketika itu kita rasa bersyukur kerana adanya penyangga jalan itu. Bagaimana kalau kita mempunyai penyangga jalan dalam hubungan, kewangan, dan kerjaya kita? Apakah rupa penyangga jalan tersebut? Bagaimanakah ia mengelakkan kita daripada kekesalan masa hadapan? Sepanjang lima hari yang seterusnya, marilah menerokai bagaimana memasang penyangga jalan peribadi.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada North Point Ministries dan Andy Stanley kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.anthology.study/anthology-app