Mengejar Sesuatu yang Tidak Mungkin TercapaiSampel
Mengejar Kemasyhuran
Perkataan Yunani untuk kemasyhuran—phēmē, disebut fā'-mā—digunakan dua kali sahaja dalam Perjanjian Baru. Ia kerap didefinisikan sebagai ucapan, laporan, atau berita. Berikut adalah cara phēmē digunakan dalam Lukas 4:14 TL:
Kemudian baliklah Yesus ke Galilea dengan kuasa Roh; maka masyhurlah kabar-Nya di seluruh jajahan itu.
Dari manakah Yesus balik yang menyebabkan kemasyhuran tentang Dia untuk tersebar di seluruh daerah itu? Marilah melihat konteksnya. Dalam Lukas 1, kita mendengar tentang kelahiran Yesus yang bakal terjadi. Dalam Lukas 2, Dia dilahirkan dan membesar menjadi anak kecil. Dalam Lukas 3, Dia dibaptis. Akhirnya, dalam beberapa ayat pertama Lukas 4, Yesus berpuasa dan dicubai di padang gurun oleh Iblis. Ini membawa kita kembali kepada Lukas 4:14.
Yesus kembali ke Galilea dan kuasa Roh Allah menyertai Dia. Berita tentang Yesus tersebar ke seluruh daerah itu. Lukas 4:14 BM
Dalam bacaan hari ini, anda akan melihat seluruh cerita pencubaan Yesus di padang gurun. Yesus berpuasa di padang gurun selama 40 hari dan di tengah itu, Iblis sendiri mencubai Yesus dengan bentuk makanan yang salah (Lukas 4:3-4), kemasyhuran (Lukas 4:5-8), dan kepercayaan (Lukas 4:9-12). Setiap kali, Yesus menolak pencubaan itu dan memberikan respons menggunakan Firman Allah.
Kemasyhuran Lukas 4:14 bukanlah selalunya kemasyhuran yang kita kejar, bukan? Kita cenderung mengejar jenis kemasyhuran yang ditawarkan oleh Iblis kepada Yesus di padang gurun. Bekalan tanpa kepuasan (Lukas 4:3-4), kemegahan tanpa pengorbanan (Lukas 4:5-8), dan keselamatan tanpa penyerahan (Lukas 4:9-12).
Fikir tentang pengakuan di tempat kerja, bilangan suka pada media sosial, dan pujian daripada orang lain. Ia menyeronokkan untuk seketika, dan dengan segera anda inginkan lebih lagi. Jika kita berterus terang, kita pernah mengalami waktu di mana kita ingin mendapat perhatian atau terkenal kerana sesuatu. Demikian juga, Iblis menawarkan Yesus wang, pengaruh, dan kuasa. Yesus dicubai seperti kita, tetapi Dia tidak terpedaya.
Kita juga membaca tentang pencubaan terakhir Iblis terhadap Yesus—meminta-Nya untuk terjun dari bangunan itu supaya Allah boleh menyambut-Nya. Pernahkah anda mengucapkan doa yang memaksa Allah untuk melakukan sesuatu menurut cara anda, mengikut masa anda? Itu tidak memuliakan Allah—oleh sebab itu Yesus memberikan respons dengan mengatakan bahawa kita tidak harus mencubai Allah seperti itu.
Terdapat bahasa yang dibentuk semula yang dipanggil PIE—Proto-Indo-Eropah—bahasa tidak bertulis rumpun Yunani. Kata dasar PIE yang menjadi phēmē, ialah -bha, yang bermaksud "bersinar" dan "berbicara." Maka, marilah kita melihat asal-usul kita. Kita tidak dicipta untuk menjadi Cahaya—itu ialah Yesus—tetapi kita dipanggil untuk bersinar memberikan cahaya-Nya. Kita bukanlah Firman—Injil Yohanes berkata bahawa itu jugalah Yesus—tetapi kita dipanggil untuk berbicara tentang Firman-Nya di seluruh dunia.
Mengejar kemasyhuran bermaksud mengejar sesuatu yang dimiliki Allah dan bukannya mengejar Allah. Itulah pencubaan yang tertua di dunia ini. Jangan terpedaya. Apabila anda menghadapi pencubaan kemasyhuran lagi, lakukan apa yang telah dilakukan oleh Yesus. Menyinari cahaya Allah dengan membicarakan firman-Nya. Apabila anda berbuat demikian, Lukas 4:14 berlaku. Kemasyhuran-Nya tersebar.
Doa: Allah, bagaimanakah keinginan disukai menghalang saya daripada menyinari cahaya-Mu? Saya ingin mengejar-Mu dengan sepenuh hati. Amin.
Perihal Pelan
Kita semua mengejar sesuatu. Biasanya sesuatu yang tidak dapat dicapai—pekerjaan yang lebih baik, rumah yang lebih selesa, keluarga yang sempurna, penerimaan orang lain. Walau bagaimanapun, tidakkah ini memenatkan? Adakah terdapat cara yang lebih baik? Ketahui dalam Pelan Alkitab Life.Church yang baru ini, bersama-sama siri khutbah Pastor Craig Groeschel, Chasing Carrots.
More