Mengejar Sesuatu yang Tidak Mungkin TercapaiSampel
Mengejar Allah
Ke manakah hendak anda pergi?
Walau ke mana-mana pun kita pergi pada bila-bila masa, memanglah berguna jika kita mengetahui destinasi kita.
Akan tetapi, masalahnya dengan dunia di sekeliling kita adalah kita dihujani pelbagai hal yang kita harus lakukan. Kita harus mengejar kemasyhuran dan perkenanan dan segala sesuatu yang lain. Dengan banyak destinasi yang menjadi pilihan, tidak hairanlah banyak antara kita yang berasa terpegun, semasa mencari hala tuju kehidupan.
Jika kita hanya mampu menuju satu destinasi pada suatu masa, apakah yang harus menjadi destinasi itu?
Ibrani 12:1-3 menjelaskannya. Kita harus menumpukan pandangan kita pada Yesus. Apabila kita berlari ke arah-Nya, kita bukan sahaja mencapai-Nya, malah memperoleh segala sesuatu yang kita perlukan. Dia telah memikul hukuman bagi dosa kita. Dia telah memperoleh hidup yang kekal untuk kita. Dia memberi kepada kita setiap hari. Dia juga mengubah kita menjadi umat yang memenuhi tujuan penciptaan kita.
Namun, bagaimanakah anda harus berlari ke arah Kristus? Anda melakukan apa yang dilakukan-Nya.
Berdoa. Apabila Yesus perlu mencergaskan semula diri-Nya setelah berbicara kepada orang ramai selama beberapa hari, Dia mencari Bapa-Nya. Apabila Dia berasa bimbang di Taman Getsemani, Dia berseru kepada Bapa-Nya. Doa menghubungkan kita dengan Kristus secara tetap.
Orang. Kita telah dicipta untuk hidup berhubungan dengan orang lain. Yesus mengelilingi diri-Nya dengan orang sepanjang masa-Nya di sini, mencabar mereka dan mendorong mereka dalam iman mereka. Anda mungkin mengejar apa jua yang dikejar oleh orang yang banyak menghabiskan masa bersama anda. Jadi, luangkan masa dengan orang yang mengejar Allah.
Melayan. Yesus datang ke dunia untuk melayan—Dia sendiri yang berkata demikian. Dia melakukan itu secara besar dan kecil, dan Dia mengakhiri pelayanan-Nya dengan pelayanan yang terbesar—mengorbankan nyawa-Nya demi kita. Apabila kita melayan orang lain di sekeliling kita, kita mengejar Allah dengan melakukan apa yang telah dilakukan oleh Yesus.
Berpuasa. Sama ada Yesus berpuasa daripada makanan di padang gurun, atau daripada masa bersama orang lain apabila Dia pergi seorang diri untuk kesunyian dan keheningan, Yesus, Anak Allah, menyedari bahawa Dia perlu mengalihkan perhatian secara sementara daripada keadaan kehidupan-Nya untuk mengejar Allah. Apakah yang anda boleh tinggalkan sekali-sekala demi mengejar Allah?
Firman. Yesus mendahului dari segi ini—seperti yang dinyatakan dalam Yohanes 1, Kristus adalah secara harfiahnya Firman Allah dalam bentuk manusia. Salah satu cara terbaik di mana kita boleh mengenali Kristus adalah menghabiskan masa yang tetap untuk membaca, merenungkan, dan berfikir-fikir tentang haluan Allah bagi kita dalam Alkitab.
Bertindak: Antara perbuatan yang disenaraikan di atas, yang manakah tindakan yang akan anda ambil dalam kehidupan anda? Bagaimanakah anda akan memulakannya? Siapakah yang akan anda ceritakan tentang keputusan ini?
Perihal Pelan
Kita semua mengejar sesuatu. Biasanya sesuatu yang tidak dapat dicapai—pekerjaan yang lebih baik, rumah yang lebih selesa, keluarga yang sempurna, penerimaan orang lain. Walau bagaimanapun, tidakkah ini memenatkan? Adakah terdapat cara yang lebih baik? Ketahui dalam Pelan Alkitab Life.Church yang baru ini, bersama-sama siri khutbah Pastor Craig Groeschel, Chasing Carrots.
More