Mengejar Sesuatu yang Tidak Mungkin TercapaiSampel

Chasing Carrots

HARI 4 DARIPADA 7

Mengejar Kesempurnaan

"Karena itu haruslah kamu sempurna, sama seperti Bapamu yang di sorga adalah sempurna." Matius 5:48 TB

Ia bukan masalah besar, bukan? Anda seharusnya sempurna—sebagaimana Allah seluruh dunia yang kudus dan benar adalah sempurna.

Ia bukan masalah besar, bukan?

Ya, bukan masalah besar.

Jika anda ingin menjadikan diri anda sempurna, di manakah anda harus bermula? Allah adalah sempurna kerana tiada dosa, atau kesalahan, wujud dalam-Nya. Kita tidak bercakap tentang idea kesempurnaan dunia—pakaian yang sempurna, rumah yang sempurna, pasangan yang sempurna. Perkara yang dibincangkan di sini adalah jauh lebih besar daripada itu. Anda perlu menjadi tidak berdosa. Tidak berbohong, tidak mengutuk, tidak memarahi anak, atau tidak "meminjam" kata laluan Netflix kawan anda.

Marilah berpura-pura anda berkata, "Okey. Saya boleh melakukan itu." Lalu, anda berbuat demikian. Anda bertaubat. Anda mematuhi had laju. Anda menyumbang kepada golongan miskin. Anda melanggan Netflix sendiri. Anda melakukan ini selama beberapa hari, diteruskan untuk beberapa minggu, beberapa bulan, beberapa tahun.

Namun, anda masih tidak sempurna.

Terdapat dosa yang telah dilakukan sebelum ini. Seperti yang dinyatakan dalam Yakobus 2:10—Sesiapa yang melanggar salah satu perintah Taurat, melanggar seluruh Taurat.

Jadi, apakah tindakan anda yang seterusnya?

Dalam Matius 19, seorang pemuda yang kaya mendapati dirinya cuba memperbaiki diri. Dia menanya Yesus apa yang harus dilakukannya untuk memperoleh hidup kekal. Yesus memberitahu dia untuk mentaati hukum utama. Pemuda itu menjawab bahawa dia mentaati setiap hukum tersebut. Kemudian, Yesus membalas, "Jika kamu hendak menjadi sempurna, pergilah jual segala sesuatu yang kamu miliki, dan berikan wangnya kepada orang miskin, maka kamu akan beroleh harta di syurga. Kemudian marilah, ikutlah Aku." Walau bagaimanapun, apabila pemuda itu mendengar ini, dia meninggalkan tempat itu dengan susah hati kerana dia sangat kaya.

Yesus tidak memberitahu pemuda itu bahawa menjadi sempurna adalah pelan dua langkah. Pertama, taati hukum, dan kedua, memberikan semua harta anda. Yesus mengatakan bahawa jalan ke kesempurnaan bermula dengan meninggalkan apa jua yang menghalang seseorang itu daripada mengikuti Dia.

Namun, kesempurnaan? Bagaimanakah seseorang itu menjadi sempurna? Ini bukanlah bentuk kesempurnaan dunia. Ia adalah jauh lebih baik. Apabila anda memilih untuk mengikuti Kristus, Dia menutup dosa dan ketidaksempurnaan anda dengan kematian-Nya pada salib. Di mata Allah, anda menjadi sempurna seperti Kristus.

Doa: Allah, terima kasih kerana pengorbanan sempurna Anak-Mu. Bantulah saya untuk meninggalkan segala sesuatu yang menghalang saya daripada mengikuti Kristus. Dalam nama Yesus, amin. 

Hari 3Hari 5

Perihal Pelan

Chasing Carrots

Kita semua mengejar sesuatu. Biasanya sesuatu yang tidak dapat dicapai—pekerjaan yang lebih baik, rumah yang lebih selesa, keluarga yang sempurna, penerimaan orang lain. Walau bagaimanapun, tidakkah ini memenatkan? Adakah terdapat cara yang lebih baik? Ketahui dalam Pelan Alkitab Life.Church yang baru ini, bersama-sama siri khutbah Pastor Craig Groeschel, Chasing Carrots.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Life.Church kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.life.church/