Adven: Perjalanan ke Hari NatalSampel
Kebenaran Telah Dipulihkan
Dalam satu nubuatan yang tercatat dalam Zakharia 9, Tuhan berjanji bahawa Raja yang akan datang membawakan keselamatan dan kebenaran-Nya. Ini bermaksud bahawa pada hari Natal, Tuhan membawakan "kebenaran-Nya" ke dunia ini dalam peribadi Yesus Kristus. Inilah yang diperlukan dunia ini (dan masih diperlukannya). Dalam Roma 3:10, rasul Paulus menggambarkan keadaan manusia yang menyedihkan: "Tidak seorang pun yang benar di sisi Allah." Kita semua berada dalam situasi yang sama, dilahirkan dengan sifat berdosa dan tidak dapat membenarkan diri. Namun, dalam Roma 1:17, Paulus berkata, "Orang benar akan hidup oleh iman." Kekristianan bukan tentang memperoleh kebenaran, ia adalah tentang menerima kebenaran Yesus "oleh iman". Ia bukanlah tentang siapa kita, tetapi tentang siapa Dia.
Selepas Yesus dilahirkan, Dia terus hidup dalam kebenaran sepanjang hayat-Nya. Dia sempurna, intim bersama dengan Tuhan dan menurut rancangan Bapa-Nya tanpa teragak-agak. Pada salib, Dia membuat pertukaran. 2 Korintus 5:21 mengatakan, "Kristus tidak berdosa, tetapi demi kebaikan kita, Allah meletakkan dosa kita pada Dia. Dengan demikian kita berbaik semula dengan Allah, apabila kita bersatu dengan Kristus." Apabila Yesus mati untuk kita, Dia menanggung semua kejahatan kita dan matikannya, memberikan kebenaran-Nya dan keintiman-Nya dengan Tuhan kepada kita.
Ingatlah bahawa kasih Tuhan kepada kita tidak berdasarkan apa yang kita lakukan atau tidak lakukan. Ia berdasarkan apa yang telah dilakukan oleh Yesus sahaja. Roma 5:8 menyatakan, "Tetapi Allah telah menunjukkan betapa besarnya kasih-Nya kepada kita, kerana Kristus mati bagi kita semasa kita masih berdosa." Yang Benar dilahirkan pada hari Natal untuk menunjukkan kasih Tuhan kepada kita dalam cara yang paling berkuasa, dengan membenarkan kita di sisi-Nya.
Doa: Bapa, Engkau dipenuhi kasih karunia! Saya menerima kebenaran-Mu pada hari ini oleh iman dalam Anak-Mu, Yesus. Saya sedar bahawa Engkau berkenan dengan saya hanya kerana apa yang telah dilakukan Yesus demi saya. Terima kasih, Yesus, kerana melindungi saya. Kuatkan saya dengan keyakinan bahawa saya selamat dalam kebenaran-Mu. Bantulah saya untuk mengingati bahawa saya tidak memperolehnya sendiri supaya saya dapat melayani-Mu dengan kerendahan hati dan kesyukuran sepanjang hayat saya.
Muat turun imej hari ini di sini.
Perihal Pelan
Hari Natal betul-betul kisah teragung yang pernah diceritakan: satu kisah tentang kesetiaan, kuasa, keselamatan, dan kasih berterusan Tuhan yang sempurna. Marilah kita memulakan perjalanan sepanjang 25 hari untuk menyedari rancangan Tuhan yang kompleks untuk menyelamatkan dunia daripada dosa dan janji yang digenapi dalam kelahiran Anak-Nya.
More