Adven: Perjalanan ke Hari NatalSampel

Advent: The Journey to Christmas

HARI 4 DARIPADA 25

Permulaan yang Kecil

Betlehem adalah sebuah kota yang kecil, tidak penting berbanding kota yang lebih besar di sekelilingnya. Dalam parafrasa Mikha 5:2 terjemahan Message, Betlehem dirujuk sebagai "komeng." Mengapakah Tuhan memlih untuk datang ke dunia ini di lokasi yang tidak penting seperti itu? Adakah ia tempat yang wajar untuk kelahiran Raja di atas segala raja?

Anehnya, Tuhan tidak pernah berminat dalam definisi keagungan dunia. Kekayaan, kemasyhuran, kepopularan, kuasa—tiada antara ini menarik perhatian Tuhan. Paulus memberitahu orang Korintus, "Allah sengaja memilih orang yang dianggap bodoh oleh dunia ini, untuk mempermalukan orang yang bijak. Allah juga memilih orang yang dianggap lemah oleh dunia ini untuk mempermalukan orang yang berkuasa." Apa yang boleh dilakukan-Nya dalam kehidupan seseorang tidak terbatas oleh status duniawi mereka. Jika Betlehem adalah "komeng," betapa banyak lagi kemuliaan yang Tuhan akan terima kerana menempatkan Anak-Nya di sana? Tempat permulaan perjalanan Yesus tidak menentukan apa yang dapat dicapai-Nya demi Kerajaan. Tidakkah keadaan itu sama buat kita?

Doa: Bapa, terima kasih kerana tidak membenarkan keadaan kehidupan saya yang benar-benar teruk untuk membataskan potensi saya. Terima kasih kerana memberikan tujuan ilahi kepada seseorang yang tidak sempurna seperti saya. Saya memuji-Mu kerana kuasa menakjubkan-Mu yang menopang saya dalam segala kelemahan. Saya sedar bahawa walau di mana pun saya bermula, Engkau akan membawa saya ke tempat yang harus saya tujui. Terima kasih, Yesus, kerana menunjukkan kepada saya bahawa perkara yang menakjubkan bermula di tempat yang kecil.

Muat turun imej hari ini di sini.

Hari 3Hari 5

Perihal Pelan

Advent: The Journey to Christmas

Hari Natal betul-betul kisah teragung yang pernah diceritakan: satu kisah tentang kesetiaan, kuasa, keselamatan, dan kasih berterusan Tuhan yang sempurna. Marilah kita memulakan perjalanan sepanjang 25 hari untuk menyedari rancangan Tuhan yang kompleks untuk menyelamatkan dunia daripada dosa dan janji yang digenapi dalam kelahiran Anak-Nya.

More

Kami berterima kasih kepada Church of the Highlands kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.churchofthehighlands.com/