Adven: Perjalanan ke Hari NatalSampel
"Sar Shalom"
Melalui nabi Yesaya, Tuhan telah menyatakan bahawa seorang bayi akan dilahirkan dan digelar Raja Damai. Dalam bahasa Ibrani, perkataan "Raja" ("sar") menandakan seorang pemimpin atau penguasa, dan perkataan "damai" ("shalom") bermaksud "kesempurnaan." Apabila Yesus datang ke dunia, Dia datang untuk membawa dunia yang hancur ke tempat di mana kita boleh dijadikan sempurna semula. Dia datang untuk mendamaikan kita dengan Tuhan, merapatkan jurang yang terhasil akibat dosa kita. Yesus datang untuk menenangkan kerisauan kita dan memberikan kita fikiran yang sihat. Kedamaian yang dibawa-Nya ke dunia ini pada hari Natal membenarkan kita untuk berpuas hati dan berehat dalam-Nya walau apa pun kehuru-haraan yang mengelilingi kita.
Apa pun yang anda hadapi pada musim ini—sakit, hubungan yang renggang, kemurungan, atau kesepian—benarkan kedamaian Yesus untuk menenangkan anda di mana anda berada sekarang. Anda tidak perlu menamatkan pergumulan anda untuk mengalami kesempurnaan. Yesus ingin menenangkan roh anda dengan kasih-Nya dan kepercayaan anda sepenuhnya dalam-Nya. Anda boleh mengharungi ribut secara selamat dalam-Nya.
Doa: Yesus, terima kasih kerana Engkau telah datang untuk membawakan kedamaian kepada saya. Saya mengakui hari ini bahawa saya boleh berehat dalam-Mu, walau apa pun yang sedang saya harungi. Walau apa pun ketakutan atau beban yang mengancam kedamaian saya, bantulah saya untuk lari menyelamatkan diri dalam-Mu. Pimpinlah roh saya kepada kesempurnaan yang sedia ada dalam-Mu.
Muat turun imej hari ini di sini.
Kitab
Perihal Pelan
Hari Natal betul-betul kisah teragung yang pernah diceritakan: satu kisah tentang kesetiaan, kuasa, keselamatan, dan kasih berterusan Tuhan yang sempurna. Marilah kita memulakan perjalanan sepanjang 25 hari untuk menyedari rancangan Tuhan yang kompleks untuk menyelamatkan dunia daripada dosa dan janji yang digenapi dalam kelahiran Anak-Nya.
More