Adven: Perjalanan ke Hari NatalSampel

Advent: The Journey to Christmas

HARI 6 DARIPADA 25

Raja Di Atas Segala Raja

Mazmur 72 bermula dengan Raja Daud yang berdoa untuk anak lelakinya, Salomo, agar menjadi raja yang agung atas bangsa Israel. Apabila mazmur itu bersambung, Daud mula berfikir tentang seorang Raja yang sempurna, bernubuat tentang pemerintahan Yesus. Lebih daripada 950 tahun sebelum kelahiran Yesus, Daud melihat pemerintahan Raja di atas segala raja yang kekal. Raja ini akan terkenal kerana belas kasihan-Nya dan perbuatan-Nya yang menyelamatkan orang yang serba kekurangan dan tidak keruan. Dia akan menggagalkan penindasan dan keganasan, dan jelaslah bahawa umat-Nya amat dikasihi-Nya. Atas beberapa sebab, Daud mengkhabarkan bahawa semua raja akan bersujud di hadapannya, dan semua bangsa akan menjadi hambanya.

Daud menyedari bahawa belas kasihan dan kasih sayang yang dalam untuk umat Tuhan, serta perang terhadap dan kemenangan kekal terhadap penindasan, adalah tanda seorang Raja yang sempurna—di mana penghakiman moral dan sifat tidak mementingkan diri-Nya tidak akan dicurigai. Di samping menjadi waktu Penyelamat memasuki dunia, hari Natal menandakan permulaan legasi Raja teragung yang abadi. Yesus akan terus memerintah lama selepas raja dan kerajaan dunia ini berlalu, dan kita akan hidup di bawah perlindungan kasih-Nya yang sempurna untuk selama-lamanya.

Doa: Yesus, saya memuliakan-Mu sebagai Raja kehidupan saya di dunia ini dan sepanjang keabadian! Saya tidak sabar untuk mengalami kesucian kepimpinan-Mu apabila kehancuran dunia ini berlalu. Terima kasih kerana datang ke dunia ini dan memulakan perjalanan-Mu ke takhta antara kami. Saya amat bersyukur akan kasih-Mu yang dalam untuk saya dan kerana Engkau akan sentiasa mempertahankan saya sebagai Raja saya. Saya mengasihi-Mu dan menyerahkan diri kepada jalan-Mu yang sempurna.

Muat turun imej hari ini di sini.

Hari 5Hari 7

Perihal Pelan

Advent: The Journey to Christmas

Hari Natal betul-betul kisah teragung yang pernah diceritakan: satu kisah tentang kesetiaan, kuasa, keselamatan, dan kasih berterusan Tuhan yang sempurna. Marilah kita memulakan perjalanan sepanjang 25 hari untuk menyedari rancangan Tuhan yang kompleks untuk menyelamatkan dunia daripada dosa dan janji yang digenapi dalam kelahiran Anak-Nya.

More

Kami berterima kasih kepada Church of the Highlands kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.churchofthehighlands.com/