Renungan Kesyukuran Harian Paul TrippSampel

Paul Tripp's Daily Thanksgiving Devotional

HARI 9 DARIPADA 12

Semasa saya menuliskan sifat-sifat kasih sejati, "benar, rendah hati, menggembirakan, dan tidak goyah," hati saya dipenuhi kesedihan kesedaran. Saya berfikir, "Kasih saya sering kali gagal bersifat benar." Tidak, saya tidak memaksudkan benar yang bertentangan dengan palsu. Saya tidak berfikir dari segi kemunafikan "Saya akan bertindak seolah-olah saya mengasihi anda meskipun saya tidak" mengasihi anda. Benar di sini bermaksud "lurus," seperti anak panah yang dikeluarkan oleh pemanah daripada tabung anak panahnya. Ia mahu anak panah yang betul-betul lurus supaya apabila dilepaskan daripada busurnya, anak panah itu tidak akan melencong ke arah yang salah. Benar di sini bermaksud, konsisten, boleh dipercayai, dan tidak mudah menuju arah yang tidak penyayang. Malangnya, masih wujud ketidakkonsistenan dalam kasih saya. Apabila seseorang tidak bersetuju dengan saya, apabila seseorang menghalang rancangan saya, apabila saya terpaksa mengalami penantian yang tidak diduga, atau apabila seseorang mendapat apa yang saya rasa patut diterima oleh saya, memanglah sangat menggoda untuk memberikan respons dalam cara yang kurang penyayang.

Perkataan kedua, rendah hati, menjelaskan mengapa saya memberikan respons tersebut. Saya masih kekurangan kerendahan hati. Saya masih cenderung menjadikan kehidupan ini tentang rancangan saya, perasaan saya, keinginan saya, dan jangkaan saya. Saya masih tergoda untuk menilai "kebaikan" hari berdasarkan sama ada sesuatu itu menyenangkan hati saya berbanding sama ada saya menyenangkan hati Allah dan menunjukkan kasih terhadap orang lain. Saya masih tergoda untuk hidup seolah-olah saya ialah pemilik kehidupan saya dan masih gagal untuk mengingati bahawa saya telah dibeli dengan suatu harga. Dan semua ini menyebabkan kasih untuk menjadi membebankan dan tidaklah menggembirakan, perkataan deskriptif yang ketiga. Memanglah benar bahawa apabila anda hidup demi diri sendiri, panggilan untuk mengasihi orang lain sentiasa membebankan anda.

Perkataan terakhir mengarahkan kita kepada standard kasih yang terutama dan paling sukar. Kasih yang tidak setia adalah kasih yang tidak bernilai. Kasih yang berubah dengan angin bukanlah kasih. Itu cumalah suatu olokan yang mudah berubah-ubah dan sementara, yang mendatangkan lebih banyak keburukan daripada kebaikan. Itulah sebabnya mengapa kasih Allah yang setia dan kekal adalah penghiburan yang begitu besar dan mendorong.

Oleh itu, persoalannya adalah, "Di manakah saya memperoleh kasih seperti ini?" Kasih ini tidak pernah timbul daripada merangsang diri dengan memberitahu diri sendiri bahawa anda akan bertambah baik. Jika anda berkuasa menghasilkan perubahan perangai diri seperti ini, salib Yesus Kristus tidaklah perlu. Satu-satunya cara saya boleh melepaskan diri daripada ikatan kasih saya yang tertumpu pada diri sendiri ini dan benar-benar mula mengasihi orang lain adalah melalui penempatan kasih yang mengampunkan, membebaskan, memperkasakan, dan kekal dalam saya. Semakin saya bersyukur terhadap kasih itu, semakin saya akan menemukan kegembiraan dalam mengasihi orang lain. Kasih Allah, yang diberikan secara rela, memberikan satu-satunya harapan di mana saya boleh memiliki kasih dalam hati saya yang saya berikan secara gembira juga.

Hari 8Hari 10

Perihal Pelan

Paul Tripp's Daily Thanksgiving Devotional

Hari Kesyukuran adalah masa untuk mengingati semua perkara baik yang telah diberikan secara murah hati oleh Allah kepada kita. Walau bagaimanapun, kadang-kadang kesibukan musim ini menghalang kita daripada meluangkan masa untuk mengucapkan syukur kepada Allah kerana banyak kurnia-Nya. Dengan renungan yang menggalakkan daripada Paul David Tripp, renungan pendek ini hanya memakan masa 5 minit, tetapi akan mendorong anda untuk merenungkan belas kasihan Allah sepanjang hari.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Crossway kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.crossway.org/books/new-morning-mercies-hcj/