Renungan Kesyukuran Harian Paul TrippSampel

Paul Tripp's Daily Thanksgiving Devotional

HARI 6 DARIPADA 12

Saya berharap saya dapat mengatakan bahawa saya sentiasa berpuas hati. Saya berharap saya dapat mengatakan bahawa saya tidak pernah merungut. Saya berharap saya dapat mengatakan bahawa saya tidak pernah mahu apa yang dimiliki oleh orang lain. Saya berharap saya dapat mengatakan bahawa saya tidak pernah beriri hati akan kehidupan orang lain. Saya berharap saya dapat mengatakan bahawa saya tidak pernah berfikir bahawa Allah telah memberikan seseorang yang lain apa yang Dia bermaksud untuk berikan kepada saya. Saya berharap saya dapat mengatakan bahawa saya lebih pandai mengenangkan berkat saya daripada menilai apa yang tidak dimiliki. Saya berharap saya dapat mengatakan bahawa keinginan saya akan benda tidaklah sangat besar. Saya berharap hati saya akan mengalami kepuasan.

Semua ini adalah harapan sahaja kerana semua ini belum terkabul bagi saya. Rasa iri hati masih bermain-main dalam hati saya. Ini merupakan salah satu hasil buruk dosa yang masih diam dalam hati saya. Mengapakah Alkitab kuat menentang rasa iri hati? Inilah sebabnya: apabila rasa iri hati menguasai hati anda, kasih Allah tidak menguasai hati anda. Marilah lihat apa yang dilakukan oleh rasa iri hati. Rasa iri hati menganggap bahawa anda patut menerima berkat yang anda tidak patut terima. Apabila hati anda dikuasai rasa iri hati, sikap "saya diberkati" digantikan oleh sikap "saya patut menerima." Rasa iri hati bersifat betul-betul mementingkan diri. Rasa iri hati sentiasa menempatkan anda di tengah-tengah dunia. Rasa iri hati menjadikan segala sesuatu tentang anda. Rasa iri hati menyebabkan anda untuk menilai kehidupan daripada perspektif keinginan, keperluan, dan perasaan anda sahaja.

Malangnya, rasa iri hati membuat anda mempersoalkan kebaikan, kesetiaan, dan kebijaksanaan Allah. Rasa iri hati menuduh Allah tidak tahu apa yang sedang dilakukan-Nya atau tidak setia terhadap janji-Nya. Apabila anda berasa yakin bahawa berkat orang lain sepatutnya milik anda, anda bukan sahaja bermasalah dengan orang itu, anda bermasalah dengan Allah. Apabila anda mula mempersoalkan kebaikan Allah, anda berhenti mendekati-Nya untuk bantuan. Mengapa? Kerana anda tidak mendapatkan bantuan daripada seseorang yang diragui.

Rasa iri hati melakukan sesuatu lagi yang berat dari segi rohani. Rasa iri hati mengandaikan bahawa anda memiliki pemahaman yang tidak dimiliki oleh orang lain. Rasa iri hati bukan sahaja menganggap bahawa anda mengetahui lebih banyak tentang kehidupan orang lain, rasa iri hati menganggap bahawa anda memiliki pemahaman yang lebih jelas tentang hal yang terbaik daripada perbuatan Allah. Tambahan lagi, rasa iri hati membuat anda lupa akan kasih karunia Allah yang menyelamatkan, mengubah, memperkasakan, dan membebaskan. Anda menjadi asyik menghitungkan apa yang anda tidak miliki sehinggakan berkat besar kasih karunia Allah—berkat yang tidak mungkin kita peroleh, capai, atau patut terima—tidak diakui dan tidak diraikan. Disebabkan rasa iri hati lebih tertumpu pada apa yang anda inginkan berbanding tertumpu pada kehidupan yang Allah panggil anda untuk jalankan, rasa iri hati menghalang anda daripada menumpukan perhatian pada perintah dan peringatan Allah, oleh itu, menempatkan anda dalam bahaya moral. Satu-satunya penyelesaian kepada rasa iri hati adalah kasih karunia Allah yang menyelamatkan—kasih karunia yang mengubah orang berdosa yang mementingkan diri kepada penyembah Allah yang bersukacita dan berpuas hati.

Hari 5Hari 7

Perihal Pelan

Paul Tripp's Daily Thanksgiving Devotional

Hari Kesyukuran adalah masa untuk mengingati semua perkara baik yang telah diberikan secara murah hati oleh Allah kepada kita. Walau bagaimanapun, kadang-kadang kesibukan musim ini menghalang kita daripada meluangkan masa untuk mengucapkan syukur kepada Allah kerana banyak kurnia-Nya. Dengan renungan yang menggalakkan daripada Paul David Tripp, renungan pendek ini hanya memakan masa 5 minit, tetapi akan mendorong anda untuk merenungkan belas kasihan Allah sepanjang hari.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Crossway kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.crossway.org/books/new-morning-mercies-hcj/