Renungan Kesyukuran Harian Paul TrippSampel
Dosa melakukan dua perkara yang penting terhadap kita. Pertama, dosa menyebabkan kita untuk menempatkan diri di tengah-tengah dunia kita, menjadikan kehidupan tentang kita. Dalam penumpuan kendiri kita, kita terlalu didorong oleh keinginan kita, keperluan kita, dan perasaan kita, dan oleh itu, kita cenderung menjadi lebih sedar akan apa yang kita tidak miliki daripada banyak berkat menakjubkan yang telah diberikan kepada kita. Walau bagaimanapun, terdapat lebih daripada itu; kerana kita terlalu tertumpu pada diri sendiri, kita cenderung menjadi penyimpan skor, sentiasa membandingkan diri dengan orang lain. Itu adalah kehidupan yang tidak puas hati dan iri hati. Rasa iri hati sentiasanya mementingkan diri.
Terdapat perkara kedua yang sama penting yang dilakukan oleh dosa terhadap kita. Dosa menyebabkan kita untuk memandang secara mendatar untuk apa yang hanya harus dipandang secara menegak. Jadi, kita bergantung pada ciptaan untuk hidup, harapan, kedamaian, rehat, kepuasan, identiti, makna dan tujuan, ketenangan dalaman, dan motivasi untuk meneruskan hidup. Masalahnya adalah tiada apa-apa dalam ciptaan boleh memberikan anda perkara tersebut. Ciptaan tidak pernah direka bentuk untuk memuaskan hati anda. Ciptaan dicipta untuk menjadi satu jari besar yang mengarahkan anda kepada Dia sahaja yang berupaya memuaskan hati anda. Banyak orang akan bangun pada hari ini dan dalam sesetengah cara akan meminta ciptaan untuk menjadi penyelamat mereka, iaitu, memberikan mereka apa yang hanya dapat diberikan oleh Allah.
"Siapa lagi yang aku miliki di syurga kecuali Engkau? Tiada lagi yang aku ingini di bumi ini selain Engkau. Sekalipun jiwa ragaku menjadi lemah, Engkaulah kekuatanku, ya Allah; hanya Engkau yang aku perlukan selama-lamanya" (Mzm 73:25-26). Ini adalah kata-kata lelaki yang mempelajari rahsia kepuasan. Apabila anda berpuas hati dengan Pemberi kita, kerana anda telah menemukan kehidupan yang dicari-cari dalam-Nya, anda dibebaskan daripada rakus akan kepuasan yang merupakan kewujudan mengecewakan bagi banyak orang. Ya, memanglah benar bahawa hati anda akan berasa tenang apabila hati anda menemukan ketenangannya dalam Dia.
Ini adalah salah satu buah kasih karunia yang paling indah—hati yang berpuas hati, lebih suka menyembah daripada menuntut dan lebih suka bersukacita kerana bersykur daripada rasa bimbang akan keinginan. Memanglah kasih karunia dan kasih karunia sahaja yang memungkinkan kehidupan tenang tersebut bagi kita semua. Mahukah anda menerima kasih karunia itu hari ini?
Kitab
Perihal Pelan
Hari Kesyukuran adalah masa untuk mengingati semua perkara baik yang telah diberikan secara murah hati oleh Allah kepada kita. Walau bagaimanapun, kadang-kadang kesibukan musim ini menghalang kita daripada meluangkan masa untuk mengucapkan syukur kepada Allah kerana banyak kurnia-Nya. Dengan renungan yang menggalakkan daripada Paul David Tripp, renungan pendek ini hanya memakan masa 5 minit, tetapi akan mendorong anda untuk merenungkan belas kasihan Allah sepanjang hari.
More