Renungan Kesyukuran Harian Paul TrippSampel

Paul Tripp's Daily Thanksgiving Devotional

HARI 3 DARIPADA 12

Anda dan saya perlu katakan kepada diri sendiri secara berulang. Kita perlu memandang cermin dan mengaku sebagai rutin pagi kita. Berikut adalah apa yang kita harus katakan: "Saya bukan lulusan kasih karunia." Memanglah menggoda untuk memberikan alasan untuk kebenaran diri:

"Sebenarnya itu bukan keberahian. Saya cumalah lelaki yang menyukai kecantikan."

"Itu bukanlah mengumpat. Itu cumalah permintaan doa yang sangat peribadi dan terperinci."

"Saya tidak marah dengan anak saya. Saya hanya bertindak sebagai salah seorang nabi Allah. 'Tuhan berfirman . . .'"

"Saya tidak mengejar kuasa peribadi. Tidak, saya menggunakan kurnia kepimpinan yang telah diberikan oleh Allah sahaja."

"Saya tidaklah berhati dingin dan kedekut. Saya cuba menjadi pengurus baik terhadap apa yang telah diberikan oleh Allah kepada saya semata-mata."

"Saya tidak bersikap bangga. Saya cuma fikir seseorang harus mengawal perbualan itu."

"Itu bukan bohong. Hanya cara yang berbeza untuk mengisahkan fakta."

Kita semua cenderung ingin berfikir bahawa kita adalah lebih benar daripada keadaan sebenarnya. Kita tidak suka berfikir bahawa kita masihlah amat memerlukan kasih karunia Allah yang menyelamatkan. Kita pastinya tidak mahu menghadapi kenyataan bahawa kita perlu diselamatkan daripada diri kita sendiri! Apabila anda berdebat untuk kebenaran diri anda, bekerja keras untuk menafikan bukti empirik tentang dosa anda, anda gagal mencari kasih karunia menakjubkan yang merupakan satu-satunya harapan anda. Kasih karunia hanyalah menarik kepada orang yang berdosa. Kekayaan kebaikan Allah hanya dicari oleh golongan miskin.

Penyembuhan rohani Doktor Agung hanya dihormati oleh mereka yang mengakui bahawa mereka masih menderita kerana penyakit rohani dosa. Memanglah suatu tragedi apabila kita memuji Allah kerana kasih karunia-Nya pada hari Ahad dan menafikan keperluan kita akan kasih karunia itu pada hari-hari lain dalam seminggu itu. Hadapilah kenyataan hari ini bahawa anda tidak mungkin meninggalkan keperluan anda akan kasih karunia, macam mana banyak pun anda pelajari dan bagaimana banyak pun anda menjadi matang, sehingga anda berada di sebelah yang satu lagi dan pergumulan anda berakhir kerana tiada lagi dosa (lihat Flp 3:12-16). Cara untuk mula meraikan kasih karunia yang diberikan secara bermurah hati oleh Allah kepada anda setiap hari adalah dengan mengakui betapa banyak anda memerlukan kasih karunia itu.

Hari 2Hari 4

Perihal Pelan

Paul Tripp's Daily Thanksgiving Devotional

Hari Kesyukuran adalah masa untuk mengingati semua perkara baik yang telah diberikan secara murah hati oleh Allah kepada kita. Walau bagaimanapun, kadang-kadang kesibukan musim ini menghalang kita daripada meluangkan masa untuk mengucapkan syukur kepada Allah kerana banyak kurnia-Nya. Dengan renungan yang menggalakkan daripada Paul David Tripp, renungan pendek ini hanya memakan masa 5 minit, tetapi akan mendorong anda untuk merenungkan belas kasihan Allah sepanjang hari.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Crossway kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.crossway.org/books/new-morning-mercies-hcj/