Renungan Kesyukuran Harian Paul TrippSampel

Paul Tripp's Daily Thanksgiving Devotional

HARI 12 DARIPADA 12

Apabila anda berfikir tentang doa, apakah yang datang dalam fikiran? Apabila anda berdoa, apakah yang anda inginkan daripada Allah? Apakah permintaan yang menguasai kehidupan doa anda?

Doa sebenar berlaku pada persimpangan penyerahan dan perayaan. Doa adalah benar-benar lebih daripada menyerahkan senarai keinginan kepada Allah dan memberitahu-Nya bahawa anda bersyukur bahawa Dia wujud dan berkuasa menyelamat. Doa seperti ini menempatkan anda di tengah-tengah dan, dalam erti kata yang sebenarnya, mengurangkan Allah kepada pelayan ilahi. Dia bukanlah apa yang anda inginkan. Anda tidak melihat diri sebagai memerlukan kebijaksanaan-Nya. Hati anda tidak menginginkan kasih karunia-Nya. Pada asasnya, doa senarai keinginan menyatakan, "Saya tahu perkara yang terbaik untuk kehidupan saya dan saya menghargainya, Allah, jika Engkau menggunakan kuasa-Mu untuk mengabulkannya."

Anda berdoa seperti ini apabila anda lupa bahawa Allah, sebagai Pencipta dan Penyelamat, mengetahui sungguh banyak berbanding anda tentang apa yang betul-betul diperlukan oleh anda. Lebih daripada itu lagi, doa seperti ini menjadikan kehidupan tentang keinginan anda, keperluan anda, dan perasaan anda sahaja. Ini bukanlah betul-betul doa. Dalam doa sebenar, anda menyerahkan tuntutan akan kehidupan anda kepada rancangan dan tujuan Allah yang lebih besar dan lebih bijaksana. Anda menyerahkan kehendak anda kepada kehendak-Nya. Bukanlah Allah yang menandatangani senarai anda, tetapi anda yang menyerahkan kehidupan anda kepada-Nya.

Doa jugalah suatu perayaan. Dalam doa, anda menikmati kekaguman maksud bagi anda untuk betul-betul memiliki Bapa syurgawi. Anda menemukan sukacita dalam kenyataan bahawa Dia telah memilih untuk memberikan anda kerajaan-Nya. Anda kagum dengan kenyataan bahawa Dia melepaskan kuasa-Nya untuk memenuhi keperluan anda. Anda meraikan pengampunan, penyelamatan, perubahan, pembolehan, dan pemberian kasih karunia. Anda menemukan sukacita dalam penglibatan anda dalam pekerjaan penebusan-Nya. Anda menemukan harapan dalam masa depan mulia yang bakal datang. Anda kagum dengan kenyataan bahawa disebabkan Imanuel telah memasuki kehidupan anda melalui kasih karunia-Nya, anda tidak mungkin bersendirian. Anda menemukan kedamaian dalam kenyataan bahawa kasih karunia tersebut bermaksud anda tidak mungkin ditinggalkan dengan sumber kecil kebijaksanaan, kebenaran, dan kekuatan anda sendiri. Anda merenungkan kemuliaan dan kebaikan Allah, kemudian meraikannya. Anda bersukacita dalam kenyataan bahawa anda tidak lagi perlu mencari hidup dalam orang, situasi, dan lokasi di sekeliling anda, tetapi anda telah diberikan hidup—hidup yang kekal.

Adakah doa sebenar termasuk menyatakan permintaan kepada Allah? Sudah tentu. Allah menggalakkan kita untuk menyerahkan kekhuatiran kita kepada-Nya, kerana Dia benar-benar mengambil berat terhadap kita. Walau bagaimanapun, permintaan doa sebenar sentiasa dalam konteks penyerahan dan perayaan. Penyerahan dan perayaanlah yang menghalang permintaan tersebut daripada menjadi tuntutan yang mementingkan diri atau rungutan yang pahit. Doa seperti ini merupakan alat kasih karunia Allah dalam kehidupan anda. Apabila anda menempatkan Allah di tempat-Nya yang betul dan meraikan tempat anda sebagai anak-Nya, doa menjadi alat yang digunakan secara bebas oleh Allah untuk membebaskan anda daripada ikatan anda terhadap diri sendiri. Itulah kasih karunia!

Hari 11

Perihal Pelan

Paul Tripp's Daily Thanksgiving Devotional

Hari Kesyukuran adalah masa untuk mengingati semua perkara baik yang telah diberikan secara murah hati oleh Allah kepada kita. Walau bagaimanapun, kadang-kadang kesibukan musim ini menghalang kita daripada meluangkan masa untuk mengucapkan syukur kepada Allah kerana banyak kurnia-Nya. Dengan renungan yang menggalakkan daripada Paul David Tripp, renungan pendek ini hanya memakan masa 5 minit, tetapi akan mendorong anda untuk merenungkan belas kasihan Allah sepanjang hari.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Crossway kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.crossway.org/books/new-morning-mercies-hcj/