Menemukan Kebebasan Daripada TekananSampel

Finding Freedom From Stress

HARI 5 DARIPADA 5

Mengalihkan fokus anda.

Tekanan tidak perlu menentukan kehidupan anda. Kita telah mengetahui bahawa tekanan adalah sebahagian daripada kehidupan, tetapi Yesus boleh membantu kita menanganinya sepenuhnya melalui kedamaian abadi-Nya. Oleh itu, bagaimanakah kita boleh menyerahkan tekanan kita dan terus bergerak maju dengan kehidupan kita? 

Kita perlu mengalihkan fokus kita daripada tekanan kepada Tuhan kita. Namun, bagaimanakah kita melakukannya? Pertama, ketahuilah bahawa Tuhan mengambil berat tentang semua tekanan anda. Sama ada anda merisaukan ujian pertengahan tahun atau patah jiwa tentang masa depan anda, Tuhan kita mengambil berat tentangnya dan akan memberikan anda kedamaian. Kedamaian-Nya mungkin tidak sentiasa menurut jangkaan anda, tetapi ia akan sentiasa memenuhi keperluan anda. 

Maka, lihatlah bagaimana kita boleh mengalihkan fokus daripada tekanan kita. 

  1. Menyembah sebelum anda bersedia. Paulus mengajar kita apa yang harus dilakukan apabila kita menghadapi tekanan dalam Filipi 4, dan dia memulakan dengan memberitahu kita agar sentiasa bersukacita dalam Tuhan. Sentiasa. Maksudnya, kita menyembah Tuhan, baik saat kita hendak atau malas kerana walaupun emosi kita berubah, Tuhan tidak pernah berubah. Dia sentiasa layak untuk menerima penyembahan kita, walaupun kita mengalami kesukaran. Apabila kita menyembah Tuhan, kita mengingati siapa Tuhan dan apa yang kita harungi dengan bantuan-Nya. Tuhan adalah lebih besar daripada tekanan dan kerisauan kita. 
  2. Serahkan tekanan anda. Langkah seterusnya adalah berdoa dan melepaskan kawalan. Kita perlu melepaskan sepenuhnya situasi kita dan mempercayai bahawa Tuhan akan menjaga kita. Dalam Filipi 4 Terjemahan Lama, ia menyatakan “biarlah segala kehendakmu dinyatakan kepada Allah dengan doa … Dan sejahtera Allah yang melebihi segala akal itu akan mengawali hatimu dan pikiranmu di dalam Kristus Yesus.” Melepaskan tekanan adalah seperti yang dinyatakan—menyerahkan sepenuhnya dan tidak mengingat kembali. 
  3. Mengalihkan fikiran anda. Tidaklah mencukupi untuk cuba memberhentikan rasa tertekan sahaja. Kita perlu mengubah fikiran kita tentangnya. Paulus menulis bahawa kita harus menumpukan perhatian pada perkara yang adil, murni, dan elok. Tumpukan fikiran anda pada perkara tersebut, bukan pada apa yang dirisaukan. Bersyukurlah kerana apa yang dimiliki, apa yang diharungi bersama dengan Tuhan, dan orang yang menakjubkan dalam kehidupan anda. Benarkan kesyukuran itu memenuhi fikiran anda dan hati anda. Akhirnya, menawan fikiran anda supaya taat kepada Kristus. Gantikan “Saya rasa tertekan,” dengan “Dengan kuasa yang diberikan oleh Kristus, aku berdaya menghadapi segala macam keadaan.” Musnahkan bohong tekanan dengan kebenaran Firman Tuhan yang berkuasa. 

Apabila anda membentuk kebiasaan melakukan tiga perkara tersebut, anda akan mengalami kedamaian Tuhan dalam setiap situasi. Maka, kenal pasti tekanan anda, bertindak untuk menggantikannya dengan kebenaran, dan serahkannya kepada Bapa syurgawi yang mengambil berat tentang anda. Anda boleh menikmati kedamaian setiap hari, oleh itu, carilah kedamaian itu dan tinggalkan tekanan anda. 

Bincangkan

  • Antara tiga idea tersebut, yang manakah lebih kerap memerlukan perhatian anda? 
  • Apakah beberapa bohong yang biasa dinyatakan tekanan kepada anda? Apakah yang boleh anda gunakan untuk menggantikan bohong tersebut? 
  • Tentukan bagaimana anda akan bertindak apabila anda berasa tertekan atau lemas lagi. 
Hari 4

Perihal Pelan

Finding Freedom From Stress

Tekanan adalah benar, tetapi ia tidak perlu menguasai kehidupan anda. Melalui Kristus, kita boleh mengubahnya, memfokuskan semulanya, dan mendefinisikannya semula. Jika anda sedang menghadapi tekanan, bacalah Pelan Alkitab 5 hari ini untuk mempelajari bagaimana untuk memperoleh kebebasan dan kedamaian.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kapad Life.Church kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.life.church/