Menemukan Kebebasan Daripada TekananSampel
Anda berpeluang menikmati damai sejahtera.
Jika anda menghadapi tekanan untuk jangka masa yang panjang, anda akan mendapati bahawa anda boleh menangguhkannya, menanganinya, dan melaluinya, tetapi anda tidak dapat mengatasinya sendiri. Tekanan adalah kecelaruan fikiran. Bertindak balas terhadap keadaan yang berubah membuat kita berasa terancam, takut, risau, atau cemas. Namun, walaupun kita tidak dapat mengatasi tekanan sendiri, kita mempunyai antidotnya—kedamaian.
Yesus digambarkan sebagai "Raja Damai" dalam Yesaya 9. Yesus adalah dan masihlah penggenapan kedamaian. Apabila Yesus berada di dunia ini, Dia berjanji kepada murid-murid-Nya bahawa Dia akan memberikan dan meninggalkan kedamaian-Nya kepada kita meskipun selepas Dia kembali ke syurga. Tiada kedamaian tanpa Dia. Kedamaian juga digambarkan sebagai buah Roh Kudus, maka ia jelasnya dan memang difahami penting.
Terdapat banyak orang dan perkara yang mendakwa boleh membawa kedamaian kepada kehidupan kita: teknik penjagaan diri, petikan tentang meditasi, menulis buku harian, dan pelbagai pilihan yang lain. Sementara adanya tempat untuk semua perkara tersebut, tiada yang dapat menggantikan kedamaian sejati yang sempurna, yang hanya ditemui dalam Tuhan.
Dalam Alkitab, salah satu maksud dasar kedamaian berasal daripada perkataan Ibrani, Shalam, yang memaksudkan kesempurnaan. Tidak menghairankanlah kita tidak dapat mencapai kedamaian sendiri. Kita adalah orang yang patah semangat, dan kita bukan sahaja mencari penyelesaian untuk tekanan kita. Pada asasnya kita mencari penyembuhan. Hanya Tuhan boleh mengambil serpihan kehidupan kita dan memulihkannya atau menyempurnakannya. Itulah yang dilakukan-Nya dan itulah siapa Dia.
Terdapat lebih banyak berita baik lagi. Kita berpeluang menikmati kedamaian Tuhan. Yesaya juga menulis bahawa kita boleh memiliki damai sejahtera jika fikiran kita tetap tertumpu pada Tuhan. Jika kita kembali kepada maksud tekanan, kita menyedari bahawa kita boleh meletakkan penekanan kita pada Tuhan dan bukannya pada masalah kita.
Roh Kudus membantu kita mencari kedamaian, dan Yesus menawarkan kedamaian kepada kita apabila kita meminta daripada-Nya. Maka, pada hari ini, ketahuilah bahawa anda tidak dapat mengatasi tekanan sendiri, tetapi anda boleh mencari Dia yang boleh mengatasinya. Anda mungkin menerima penyembuhan yang lebih mendalam lagi sepanjang proses ini.
Bincangkan
- Apakah beberapa cara yang pernah anda cuba untuk mencari kedamaian sendiri?
- Bagaimanakah anda boleh mula mencari kedamaian sejati?
- Apakah beberapa keremukan dalam kehidupan anda yang memerlukan penyembuhan dan kesempurnaan?
Perihal Pelan
Tekanan adalah benar, tetapi ia tidak perlu menguasai kehidupan anda. Melalui Kristus, kita boleh mengubahnya, memfokuskan semulanya, dan mendefinisikannya semula. Jika anda sedang menghadapi tekanan, bacalah Pelan Alkitab 5 hari ini untuk mempelajari bagaimana untuk memperoleh kebebasan dan kedamaian.
More