Menemukan Kebebasan Daripada TekananSampel

Finding Freedom From Stress

HARI 4 DARIPADA 5

Berhenti memberikan kuasa kepada tekanan.

“Saya rasa tertekan” adalah sapaan yang agak biasa kebelakangan ini, sama seperti, “Saya sibuk.” Jika kita berterus terang, kita sering menggunakan tekanan kita sebagai sumber kebanggaan. Mengatakan bahawa kita rasa tertekan boleh membuat kita rasa penting kerana walaupun kita tidak menyukai perasaan yang timbul kerana tekanan, kita menyukai peningkatan status yang terhasil. 

Dalam budaya kita yang bergerak laju, tekanan dipandang sebagai perkara yang biasa. Ia kehilangan konotasi negatifnya malah dikaitkan dengan kerja keras, cita-cita, dan kejayaan. Kita menganggap orang yang berjaya adalah orang yang tertekan, oleh itu, kita berusaha keras. Kekurangan tekanan boleh membuat kita rasa malas atau tidak bermotivasi. 

Kesannya? Kita sentiasa cuba untuk membuat dan menjadi lebih, yang menyebabkan—seperti jangkaan anda—lebih tertekan. Kita mempunyai terlalu banyak komitmen kerana kita tidak dapat mengatakan tidak; kita berpuas hati dengan hubungan dalam talian yang superfisial berbanding meluangkan masa untuk perbualan yang bermakna; dan kita membina tekanan ke dalam identiti kita.  

Walau bagaimanapun, kehidupan yang penuh tekanan dan kehabisan tenaga bukanlah apa yang Tuhan mahukan untuk kita. Yesus berkata musuh kita datang untuk mencuri, membunuh dan merosak. Itu kedengaran amat teruk, tetapi tekanan boleh mencuri daripada kita. Ia mencuri tidur. Ia mencuri kebahagiaan. Ia mencuri kemampuan mental kita. Semua kesibukan yang menambahkan tekanan kita akan menyebabkan kita bingung kerana perkara remeh dalam kehidupan sehinggakan kita terlepas rancangan besar Tuhan bagi kita. 

Sebaliknya, Yesus berkata Dia datang supaya kita mendapat hidup, iaitu hidup yang kelimpahan. Yesus datang untuk membawa kedamaian dan kelimpahan, yang bertentangan daripada kehidupan yang tertekan (atau tegang). 

Jadi, inilah masanya untuk menilai semula tekanan kita. Marilah kita berhenti memberikan kuasa kepada tekanan. Marilah kita berhenti menggunakannya sebagai kebanggaan. Sebaliknya, marilah kita menggunakan kekurangan tekanan sebagai peluang untuk menonjolkan diri, menjadi berbeza, dan berkongsi iman kita. 

Apabila dunia di sekeliling kita lemas dalam tekanan, kita akan memilih untuk bertenang, berdiam, dan mengingati bahawa Tuhan adalah Tuhan. Apabila orang lain sentiasa bersaing dan membuat perbandingan antara satu sama lain, kita akan meraikan dan menyokong satu sama lain. Apabila orang lain rasa lemas dan hilang harapan, kita akan menjadi orang yang membawa harapan sehinggakan orang yang tidak percaya akan melihat dan bertanya mengapa kita memiliki harapan itu. 

Kita menemukan kebebasan daripada tekanan kita apabila kita berhenti memberikan kuasa kepadanya dan mula beralih kepada sumber segala kuasa—Tuhan kita. Marilah kita berhenti hidup dalam tekanan, sebaliknya mempercayai Firman Yesus dan menjalankan kehidupan yang berkelimpahan.

Bincangkan

  • Pada pandangan anda, apakah punca tekanan anda? 
  • Pada pendapat anda, apakah rupa kehidupan anda sekiranya anda menghapuskan tekanan anda? 
  • Bagaimanakah anda dapat berhenti memberikan kuasa kepada tekanan ke atas kehidupan anda? 
Hari 3Hari 5

Perihal Pelan

Finding Freedom From Stress

Tekanan adalah benar, tetapi ia tidak perlu menguasai kehidupan anda. Melalui Kristus, kita boleh mengubahnya, memfokuskan semulanya, dan mendefinisikannya semula. Jika anda sedang menghadapi tekanan, bacalah Pelan Alkitab 5 hari ini untuk mempelajari bagaimana untuk memperoleh kebebasan dan kedamaian.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kapad Life.Church kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.life.church/