Menemukan Kebebasan Daripada TekananSampel

Finding Freedom From Stress

HARI 2 DARIPADA 5

Apakah keutamaan anda?

Salah satu definisi pertama perkataan "tekanan" adalah "tegang", yang sememangnya satu penjelasan yang agak tepat untuk menggambarkan rasa tertekan. Anda berasa anda tidak dapat bernafas atau berfikir—seolah-olah terbatas. Beberapa tahun kemudian, perkataan itu berkembang dan memiliki maksud kiasan. Definisi terawalnya adalah "memberi keutamaan" atau "memberikan penekanan pada sesuatu dengan bergantung padanya.” 

Sekali lagi, ia mengenai pusat sasaran, bukan? Apabila kita berasa tertekan tentang sesuatu, kita memberikan penekanan pada masalah kita. Ada kalanya itu adalah okey, tetapi kita harus menanya diri—adakah kita memberikan penekanan yang lebih pada masalah kita atau pada Tuhan? 

Yesus mencabar kita tentang hal ini dalam Matius bab 6. Dia menjelaskan bahawa kita tidak perlu risau tentang apa yang akan berlaku seterusnya dalam kehidupan kita. Sebaliknya, Dia mengajak kita untuk mempercayai-Nya. Dia bertanya sama ada kita betul-betul mempercayai bahawa Dia adalah Bapa yang baik, yang mengambil berat tentang kita, kerana jika kita betul-betul mempercayai bahawa Dia inginkan perkara yang terbaik untuk kita, maka kita boleh berhenti daripada terlalu merisaukan apa yang berlaku di hadapan kita. 

Satu perkara yang amat menarik yang dikatakan Yesus adalah, “Sebaliknya utamakanlah Pemerintahan Allah dan lakukanlah kehendak-Nya,dan lakukanlah kehendak-Nya; lalu Allah akan memberikan semua itu kepada kamu.” (Matius 6:33) 

Yesus lebih mengetahui apa yang kita perlukan di dunia ini. Walau bagaimanapun, adakah kita terlalu asyik dengan percubaan untuk mengejar kehidupan yang terbaik sehinggakan kita lupa untuk menumpukan perhatian pada keabadian? Kita sedar bahawa dunia ini bukan rumah kita. Namun, sering kalinya kita memuja keselesaan. Apa yang menekankan kita menunjukkan apa yang kita utamakan. Jika kita sentiasa rasa tertekan untuk mencapai sesuatu yang hebat, kita harus menanya diri sendiri sama ada hati kita bersepakat dengan kerajaan Tuhan atau tertumpu untuk membina kerajaan sendiri. 

Walaupun kita harus menggunakan kurnia dan bakat yang dianugerahkan oleh Tuhan kepada kita untuk membuat perbezaan di dunia ini dan cita-cita tidaklah salah, kita perlu memastikan bahawa keutamaan kita adalah dalam urutan yang betul. Utamakanlah Pemerintahan Allah —lalu semua itu akan diberikan kepada anda. 

Jadi, semasa anda merenungkan tekanan anda, tanyalah diri apakah yang menjadi pergantungan anda. Apakah yang diutamakan anda? 

Pilihlah untuk menumpukan perhatian pada Tuhan dahulu. Pilihlah untuk mempercayai bahawa Dia adalah Bapa yang baik, yang berupaya melindungi anda. Apabila tumpuan anda beralih kepada Tuhan dan tidak tertumpu pada diri anda, anda akan berasa kagum bahawa tekanan anda tidak kelihatan begitu besar lagi. 

Bincangkan

  • Sekiranya anda adalah jujur, apakah yang menjadi keutamaan anda kebelakangan ini?
  • Apakah beberapa cara di mana anda boleh mula mengalihkan tumpuan anda kepada Tuhan dan tidak memberikan penekanan pada tekanan anda? 
Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

Finding Freedom From Stress

Tekanan adalah benar, tetapi ia tidak perlu menguasai kehidupan anda. Melalui Kristus, kita boleh mengubahnya, memfokuskan semulanya, dan mendefinisikannya semula. Jika anda sedang menghadapi tekanan, bacalah Pelan Alkitab 5 hari ini untuk mempelajari bagaimana untuk memperoleh kebebasan dan kedamaian.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kapad Life.Church kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.life.church/