Menemukan Kebebasan Daripada TekananSampel

Finding Freedom From Stress

HARI 1 DARIPADA 5

Jangan biarkan tekanan menguasai kehidupan anda.

Tekanan adalah satu pergumulan yang nyata bagi kebanyakan daripada kita. Namun, ia tidak perlu sedemikian. Kebanyakan waktu, kita boleh melihat tekanan sebagai sesuatu yang kita harus lalui, tetapi Yesus sebenarnya menawarkan kebebasan daripada tekanan melalui kedamaian-Nya. 

Sekarang, marilah kita faham betul-betul. Tiada rumus ajaib untuk menghilangkan tekanan untuk selama-lamanya. Tekanan adalah satu emosi, ada kalanya suatu reaksi panik terhadap sesuatu situasi yang dirasakan mengancam oleh otak anda. Itu sebenarnya boleh menjadi perkara yang baik, kerana ia akan menjauhkan anda daripada bahaya, memotivasikan anda untuk membuat keputusan yang lebih baik, atau membantu anda untuk membuat perubahan yang penting. Walau bagaimanapun, apabila tekanan mula menguasai kehidupan kita—pada masa itulah kita mengalami masalah. 

Jadi, mungkin persoalannya bukan bagaimana berhenti berasa tertekan. Ajukan soalan yang lebih baik: Bagaimanakah kita boleh mengubah cara kita mentafsirkan dan menghadapi tekanan? Berikut adalah tiga perkara untuk membantu anda membimbing reaksi anda terhadap tekanan. 

  1. Jangan biarkan tekanan menguasai kehidupan anda. Benarkan tekanan yang sihat untuk membimbing keputusan anda, tetapi jangan membenarkan tekanan untuk mengaburkan pertimbangan anda. Mintalah Tuhan untuk memberikan anda kejelasan sama ada tekanan anda menyebabkan anda untuk kehilangan peluang yang Dia sedang sediakan untuk anda.  
  2. Lepaskan kawalan. Tiada benda yang memuaskan tekanan seperti kawalan. Yesus menawarkan kebebasan kepada kita daripada beban yang berat. Namun, inilah muslihatnya—kita perlu datang kepada-Nya. Datang ke hadapan Tuhan dan letakkan tekanan anda. Kosnya adalah kawalan, tetapi ganjarannya adalah kebebasan, kedamaian, dan rehat. 
  3. Memohon kebijaksanaan. Tanyalah Tuhan sama ada tekanan ini mengajar anda sesuatu tentang cara kehidupan anda kebelakangan ini. Adakah terdapat lingkungan kehidupan yang anda perlu serahkan kepada kawalan-Nya? Adakah anda terlalu banyak komitmen? Mintalah Tuhan untuk membetulkan, memimpin, dan mengubah hati tertekan anda, dan meminta-Nya untuk menggantikan tekanan anda dengan kekuatan-Nya. 

Bincangkan

  • Bagaimanakah anda boleh mengubah cara anda memandang tekanan? 
  • Apakah yang anda dapat pelajari daripada tekanan anda berhubungan cara hidup semasa anda? 
  • Apakah beberapa perkara yang anda perlu lepaskan untuk mengalami kedamaian? 
Hari 2

Perihal Pelan

Finding Freedom From Stress

Tekanan adalah benar, tetapi ia tidak perlu menguasai kehidupan anda. Melalui Kristus, kita boleh mengubahnya, memfokuskan semulanya, dan mendefinisikannya semula. Jika anda sedang menghadapi tekanan, bacalah Pelan Alkitab 5 hari ini untuk mempelajari bagaimana untuk memperoleh kebebasan dan kedamaian.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kapad Life.Church kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.life.church/