Memulihkan Sukacita AndaSampel

Recovering Your Joy

HARI 5 DARIPADA 5

Berkongsi Sukacita Keselamatan Anda

Baca Efesus 2:10.

Jika anda ingin mencari semula sukacita anda, anda 1) mengakui bahawa ia telah hilang, kemudian anda 2) menganalisis sebabnya. Sesudah itu, 3) betulkan perkara yang tidak kena, dan 4) amalkan sikap syukur.

Hari ini, kita akan berbincang tentang tiga lagi langkah untuk memulihkan sukacita anda.

Pertama, anda perlu menghabiskan masa bersama dengan Allah setiap hari.

Mungkin sukar untuk membayangkan bahawa Allah ingin menghabiskan masa bersama dengan anda. Dia sibuk, bukan? Namun, sepanjang Alkitab, Allah menjemput kita untuk memasuki hadirat-Nya. Ada sukacita semasa kita menghabiskan masa dengan Allah dalam saat teduh harian, kerana kita belajar mendengar suara-Nya dan mendapat tahu tentang apa yang Dia mahu kita lakukan dengan hidup kita. Semakin banyak masa yang anda habiskan dengan Allah, semakin mendalam persahabatan anda dengan-Nya.

Kedua, anda perlu mencari cara untuk memberi semula. Alkitab berkata ini dalam Efesus 2:10: "Kerana kita ini buatan-Nya, dicipta dalam Kristus Yesus untuk melakukan perbuatan baik, yang telah disediakan terdahulu oleh Allah untuk kita lakukan" (AVB). Semasa waktu sukar, memanglah mudah untuk bersifat mementingkan diri. Namun, kebenarannya ialah, semakin anda menumpukan perhatian pada diri sendiri, semakin banyak sukacita anda yang hilang.

Saya telah mengunjungi seluruh dunia, dan saya pernah melawat banyak negara tertutup di mana orang dianiayai kerana kepercayaan mereka dalam Yesus Kristus. Anda tahu apa yang saya temui? Orang Kristian yang dianiaya ialah orang yang paling bersukacita di dunia ini. Mengapa? Kerana ia bermakna buat mereka. Mereka bukanlah orang Kristian yang bersahaja, "acuh tak acuh". Hak bersembah dan kebebasan mereka dalam Kristus memaksudkan sesuatu kepada mereka. Dan, mereka itu jauh lebih bersukacita.

Anda perlu mencari cara untuk memberi semula. Sesudah anda mengalihkan fokus daripada diri sendiri, anda akan menemui semula sukacita anda.

Akhirnya, untuk mencari semula sukacita anda, anda perlu memberitahu orang lain tentang Yesus.

Tiada apa yang akan memulihkan sukacita anda dengan lebih cepat daripada mengambil berat tentang keselamatan seseorang kawan. Alkitab berkata setiap kali seseorang menerima Tuhan, mereka meraikannya di Syurga. Anda tahu tentang itu? Lukas 15:7 berkata, "Di syurga ada kegembiraan yang lebih besar kerana seorang berdosa bertaubat" (BM). Pada hari anda melepasi garis itu, mereka meraikannya di Syurga kerana anda. Pada hari anda membantu seseorang untuk mengenali Tuhan, perayaan akan tercetus dalam hati anda. Sukacita kembali semasa anda berkongsi dengan orang lain.

Doakan ini pada hari ini: "Bapa, tolonglah saya untuk membalas kebencian dengan kasih, kesedihan dengan sukacita, dan apati dengan kebaikan hati. Semoga sukacita Tuhan menjadi nyata pada wajah saya supaya orang lain akan berminat untuk mengetahui sebabnya dan mendapat tahu tentang harapan dalam diri saya. Tolonglah saya untuk mentaati apa yang Engkau ingin saya lakukan. Tolonglah saya untuk menumpukan perhatian pada rahmat-Mu dalam hidup saya supaya saya akan mengamalkan sikap syukur terhadap kesetiaan-Mu. Pulihkan sukacita keselamatan saya supaya saya boleh berkongsi sukacita itu dengan orang lain dan membantu mereka untuk menemui sukacita mereka melalui hubungan dengan-Mu. Terima kasih kerana saya boleh memiliki harapan dan sukacita melalui Yesus Kristus. Amin."
Hari 4

Perihal Pelan

Recovering Your Joy

Jika anda inginkan sukacita dalam hidup anda, anda perlu mencari perimbangan dalam jadual anda. Pastor Rick berkongsi bagaimana anda boleh menyesuaikan semula input anda dan output anda supaya pemberian dan penerimaan anda membantu anda memulihkan semula sukacita anda, bukan kehilangannya.

More

Renungan ini © 2014 oleh Rick Warren. Semua hak terpelihara. Digunakan dengan kebenaran.