Memulihkan Sukacita AndaSampel

Recovering Your Joy

HARI 4 DARIPADA 5

Ketaatan Ialah Rahsia Sukacita

Baca Ratapan 3:40.

Sukacita senang hilang, tetapi senang dicari semula juga. Sesudah anda mengakui bahawa anda telah kehilangan sukacita anda, anda perlu menganalisis sebabnya. Anda perlu memandang hidup anda dan menanya diri, "Bagaimana saya kehilangan sukacita saya? Apakah yang merampas sukacita saya?"

Alkitab banyak kali memberitahu kita untuk menyelidik hidup kita. Ratapan 3:40 berkata, "Marilah kita menyelidiki hidup kita, dan kembali kepada TUHAN" (BM).

Terdapat ratusan perkara yang menyuramkan suasana dalam hidup ini, tetapi dua perkara yang paling biasa diperhatikan dalam hidup kita ialah jadual yang tidak seimbang dan bakat yang tidak digunakan. Anda memerlukan keseimbangan antara rehat dan kerja, input dan output. Anda perlu menggunakan bakat tersendiri yang telah diberikan oleh Allah, jika tidak anda akan rasa kecewa. Gunakanlah berapa pun peratusan bakat anda yang tidak digunakan dalam kerja anda untuk pelayanan anda. Jika pekerjaan anda menggunakan kurang daripada 25 peratus daripada bakat anda, berhentilah.

Setelah anda mengenal pasti cara anda telah kehilangan sukacita anda, anda perlu membetulkan apa yang tidak kena itu.

Tahukah anda apa yang akan merampas sukacita anda lebih cepat daripada apa-apa perkara yang lain? Apabila anda mengetahui perkara betul yang harus dilakukan tetapi tidak melakukannya.

Alkitab menyatakan dalam Yakobus 4:17, "Oleh itu, seseorang yang tidak melakukan apa yang baik dan yang harus dilakukan, orang itu berdosa."

Biarlah saya menanya anda: Apakah yang anda sedar perlu dilakukan tetapi tidak anda lakukan? Apakah yang telah Allah beritahu anda untuk lakukan tetapi anda belum memulakannya lagi?

Rahsia sukacita yang amat banyak, berterusan dan berlimpah-limpah ialah ketaatan. Iaitu, melakukan apa yang Allah beritahu anda untuk lakukan. Setiap kali anda melakukan apa yang Allah minta anda buat, hidup anda akan dipenuhi sukacita.

Anda juga akan dipenuhi sukacita semasa anda berfikir tentang perkara yang baik dalam hidup anda. Daud berkata dalam Mazmur 126:3, "Memang TUHAN telah melakukan perkara-perkara yang hebat untuk kita; itulah sebabnya kita bersukacita" (BM). Semakin anda menumpukan perhatian pada apa yang telah dilakukan oleh Allah untuk anda, semakin banyak sukacita yang anda akan miliki dalam hidup anda. Mengapa? Kerana ia menghasilkan kesyukuran. Sikap bersyukur ialah emosi manusia yang paling sihat.

Jika anda ingin mencari kembali sukacita anda, anda perlu mengakui bahawa ia sudah hilang terlebih dahulu, kemudian menganalisis sebabnya. Sesudah itu, betulkan perkara yang tidak kena, dan mengamalkan sikap syukur. Esok, kita akan berbincang tentang tiga langkah terakhir untuk mencari semula sukacita anda.
Hari 3Hari 5

Perihal Pelan

Recovering Your Joy

Jika anda inginkan sukacita dalam hidup anda, anda perlu mencari perimbangan dalam jadual anda. Pastor Rick berkongsi bagaimana anda boleh menyesuaikan semula input anda dan output anda supaya pemberian dan penerimaan anda membantu anda memulihkan semula sukacita anda, bukan kehilangannya.

More

Renungan ini © 2014 oleh Rick Warren. Semua hak terpelihara. Digunakan dengan kebenaran.