Memulihkan Sukacita AndaSampel
Menikmati Hidup Anda
Baca 1 Timotius 6:17.
Anda mungkin rasa sangat tertekan sekarang ini kerana ekonomi, tetapi Allah masih mahu anda untuk menikmati hidup anda.
Sebagai orang Kristian, anda boleh menikmati hidup kerana anda tidak melakukan sebarang kesalahan. Anda boleh menikmati hidup kerana anda berasa yakin dalam kasih Allah. Anda boleh berseronok dan bergelak di gereja. Anda boleh menikmati kawan yang tidak memanipulasi anda kerana mereka belajar menjadi seperti Yesus, dan itu bermaksud mereka belajar menjaga kepentingan orang lain.
Malangnya, ada banyak orang yang tidak mahu membenarkan Allah ke dalam hidup mereka kerana mereka takut Dia akan membuat mereka meninggalkan apa-apa yang menyeronokkan. Mereka fikir bahawa menjadi orang Kristian samalah seperti mengatakan bahawa parti sudah berakhir, bahawa bersikap rohaniah bermakna menjadi sengsara.
Kita seperti hendak gila mencari keseronokan, tetapi itu bermaksud kita berfungsi di bawah hukum pulangan berkurangan. Kita menghabiskan masa yang lebih panjang, wang yang lebih banyak, dan tenaga yang lebih banyak untuk memperoleh semakin kurang keterujaan. Kita terus bertanya, "Sudahkah kita berseronok?"
Sebenarnya, Allah "mengurniai kita segala sesuatu dengan berlimpah-limpah untuk dinikmati" (1 Timotius 6:17b BM).
Allah mahu anda menikmati hidup!

Kitab
Perihal Pelan
Jika anda inginkan sukacita dalam hidup anda, anda perlu mencari perimbangan dalam jadual anda. Pastor Rick berkongsi bagaimana anda boleh menyesuaikan semula input anda dan output anda supaya pemberian dan penerimaan anda membantu anda memulihkan semula sukacita anda, bukan kehilangannya.
More
Renungan ini © 2014 oleh Rick Warren. Semua hak terpelihara. Digunakan dengan kebenaran.