Memulihkan Sukacita AndaSampel

Recovering Your Joy

HARI 2 DARIPADA 5

Walau apa pun, bersukacitalah

Baca Filipi 4:6.

Sukacita merupakan keperluan asas kehidupan. Kehidupan tanpa sukacita tidak dapat ditahan, terlalu membebani, dan menindas. Sebenarnya, kajian telah menunjukkan bahawa semakin besar sukacita yang kita miliki dalam hidup kita, semakin produktif kita. Saya pernah membaca artikel dalam "US News and World Report" yang mengatakan bahawa ada syarikat yang mengupah "perunding sukacita" untuk membina sukacita dalam kehidupan orang supaya pekerja mereka menjadi lebih produktif. Memanglah benar bahawa anda memiliki lebih banyak tenaga, lebih kreatif, dan lebih produktif apabila anda bersukacita.

Dalam kitab Filipi yang pendek — hanya sepanjang empat bab — Paulus menggunakan perkataan "sukacita" sebanyak 16 kali. Hal yang menakjubkan ialah Paulus tidak menulis kitab ini semasa bercuti di Caribbean. Ia berada di penjara Roma, menantikan hukuman matinya. Ketika kehidupannya yang paling kelam, ia menulis kitab yang paling positif dalam Alkitab.

Dalam Filipi, Paulus memberikan kita enam pembina sukacita yang akan menolong membaurkan kekecewaan kita dan menghilangkan kemurungan kita. Saya memberikan akrostik untuk memudahkan ingatan — JOYFUL. Dalam pelan Alkitab ini, kita akan melihat tiga perkataan yang pertama.

J: Jettison all regrets about your past (Membuang semua kekesalan lalu).
"Jettison" bermaksud "meninggalkan, membuang, menghapuskan, menghilangkan." Paulus berkata sekiranya anda ingin menikmati hidup, terdapat beberapa perkara yang anda perlu tinggalkan kerana perkara tersebut melemahkan anda dan terlalu membebani hidup anda. Alkitab menyatakan lupakan kekesalan anda, kerana itulah yang dilakukan oleh Allah — Dia memilih untuk mengampunkan kesalahan anda setelah anda mengakuinya. Titik permulaan sukacita ialah melepaskan masa lalu. Filipi 3:13 berkata, "Aku melupakan apa yang di belakang dan berusaha dengan gigih untuk mencapai apa yang di hadapan" (BM).

O: Omit all worries about your future (Mengeluarkan semua kerisauan tentang masa depan anda).
Jika anda mahu menikmati masa ini, anda mesti mengeluarkan semua kerisauan tentang masa depan anda. Kerisauan memanglah menyuramkan suasana. Anda tidak mungkin bersukacita dan berasa risau pada masa yang sama. Antidot Paulus untuk ini ialah ayat ini: "Janganlah khuatir akan apa pun. Dalam segala hal, berdoalah dan mintalah kepada Allah apa yang kamu perlukan. Apabila berdoa kepada Allah, hendaklah kamu selalu mengucap syukur." (Filipi 4:6 BM). Anda sama ada berasa risau atau anda boleh berdoa.

Y: Yield yourself to God's purpose (Tunduk pada tujuan Allah).
Jika anda hanyut, jika anda tidak tahu mana asal anda atau ke mana hala tuju anda ataupun sebab anda wujud, anda pastinya tidak bersukacita. Kita memerlukan tujuan yang lebih besar daripada diri kita untuk hidup kita. Itulah yang membawa sukacita. Hidup untuk diri sendiri tidak membawa sukacita.

Meskipun semasa Paulus betul-betul kehilangan segala-galanya, ada sesuatu yang tidak dapat dirampas daripadanya — tujuan hidupnya. Paulus berkata dalam Filipi 1:21, "Kerana bagiku, hidup ialah Kristus, dan mati ialah keuntungan: (AVB).

Sekiranya anda inginkan kehidupan yang dipenuhi sukacita, anda perlu menyelaraskan diri dengan tujuan Allah untuk hidup anda. Apabila anda mula menjalankan tujuan ciptaan anda, hidup ini menjadi masuk akal, dan sukacita lebih mudah ditemui.
Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

Recovering Your Joy

Jika anda inginkan sukacita dalam hidup anda, anda perlu mencari perimbangan dalam jadual anda. Pastor Rick berkongsi bagaimana anda boleh menyesuaikan semula input anda dan output anda supaya pemberian dan penerimaan anda membantu anda memulihkan semula sukacita anda, bukan kehilangannya.

More

Renungan ini © 2014 oleh Rick Warren. Semua hak terpelihara. Digunakan dengan kebenaran.