Memulihkan Sukacita AndaSampel
Mencari Sukacita Anda yang Telah Hilang
Baca Roma 14:17.
Apakah benda yang paling mudah hilang? Cermin mata anda? Kunci anda? Fikiran anda?
Benda yang paling mudah hilang ialah sukacita anda. Sukacita boleh hilang dengan satu panggilan telefon atau e-mel, sepucuk surat atau perbualan. Anda boleh menonton iklan televisyen dan kehilangan sukacita anda. Sukacita ialah benda yang paling mudah hilang dalam dunia ini. Banyak orang dalam banyak keadaan berkomplot untuk merampas sukacita anda.
Apabila anak Allah tidak dipenuhi sukacita, ia membuat Allah nampak tidak elok. Orang Kristian yang perengus ialah saksi yang tidak baik. Mereka seolah-olah telah dibaptis dalam cuka kerana mereka tidak pernah senyum. Itu menjadikan Allah nampak tidak elok.
Mengapa? Kerana Allah mahu kita untuk bersaksi dengan air muka kita.
Alkitab memberitahu kita bahawa kehidupan Kristian boleh diringkaskan kepada tiga perkataan: kebaikan, kedamaian, dan sukacita. Roma 14:17 berkata, "Kerajaan Allah bukanlah soal makan minum, tetapi soal perbenaran dan kesejahteraan serta kegembiraan dalam Roh Kudus" (AVB).
Walau bagaimanapun, kenyataannya ialah anda boleh kehilangan sukacita dengan sangat cepat, dan ada ribuan cara untuk kehilangannya. Terdapat ribuan hal yang menyuramkan suasana dalam kehidupan ini yang akan merampas sukacita anda, sehinggakan seseorang seperti Yeremia, seorang nabi Allah, mengatakan ini dalam Ratapan 5:15, "Kegembiraan sudah lenyap dalam kehidupan kami, tarian telah berubah menjadi perkabungan" (BM).
Saya tidak tahu sama ada itu ialah keadaan anda sekarang ini, tetapi jika anda pernah mengalami tempoh di mana anda rasa anda telah kehilangan kegembiraan dan anda tidak sedekat dengan Allah seperti sebelumnya dan anda buat-buat saja, anda perlu mengetahui bahawa memanglah mudah untuk mencari semula sukacita anda juga.
Jadi, bagaimanakah anda mencari semula sukacita anda?
Langkah pertama ialah anda perlu mengakui bahawa anda telah kehilangan sukacita anda.
Anda harus melihat masa lalu anda dan menanya diri beberapa soalan: Pernahkah anda rasa lebih dekat kepada Allah daripada sekarang ini? Pernahkah hidup anda lebih gembira dalam Tuhan daripada sekarang ini?
Sudah tiba masanya anda membuat perubahan. Namun, anda perlu mengakui dahulu bahawa anda telah kehilangan apa yang dimiliki pada masa lalu. Anda perlu menanya Allah tentang hal itu; Dia menunggu untuk menolong anda. Daud mendoakan ini dalam Mazmur 51:12: "Bahagiakan aku semula dengan penyelamatan-Mu" (AVB).

Perihal Pelan
Jika anda inginkan sukacita dalam hidup anda, anda perlu mencari perimbangan dalam jadual anda. Pastor Rick berkongsi bagaimana anda boleh menyesuaikan semula input anda dan output anda supaya pemberian dan penerimaan anda membantu anda memulihkan semula sukacita anda, bukan kehilangannya.
More
Renungan ini © 2014 oleh Rick Warren. Semua hak terpelihara. Digunakan dengan kebenaran.