Harapan dalam KegelapanSampel
Percaya
Bukti yang terbaik kepada kasih adalah kepercayaan.
—Joyce Brothers
Habakuk memberikan kita model respons seimbang dan sihat yang baik terhadap berita yang berkemungkinan paling teruk daripada Allah. Meskipun semasa tubuhnya bertindak, ia sedar bahawa ia mempunyai pilihan berhubung dengan apa yang akan dipercayainya. Ia boleh mempercayai emosinya. Ia boleh mempercayai pandangan semasanya tentang situasi itu. Ataupun ia boleh mempercayai bahawa bagaimanapun Allah boleh menghasilkan kebaikan daripada senario yang tidak terbayang—serangan orang Babilonia ke atas tanah mereka.
Dalam hidup anda, anda mungkin rasa seperti orang Babilonia sudah memusnahkan landskap hati anda. Anda mungkin bersedih kerana kehilangan yang telah berlaku beberapa tahun lalu. Walau bagaimanapun, di tengah-tengah semua penderitaan itu, jika anda boleh memilih untuk mempercayai Allah sungguhpun bukti yang bertentangan, maka, anda akan mencapai tahap keintiman yang baru dengan-Nya. Anda akan mengalami hadirat-Nya di tengah-tengah keseksaan anda. Anda akan mempercayai sifat-Nya apabila anda tidak memahami keadaan anda. Walau apa pun yang berlaku, walau betapa sakitnya hati anda dilukai, anda boleh terus mengambil satu lagi langkah untuk bertahan sehari lagi.
Seperti Habakuk, doa anda menjadi terus-terang tentang kehilangan anda atau bakal kehilangan, ketika anda menyedari bahawa anda masih mempunyai Allah.
"Walaupun pasangan saya mengatakan biarlah kematian memisahkan kami dan tidak menepati janjinya, saya masih akan bersukacita dalam Tuhan, Allah saya."
"Walaupun saya telah mengasuh anak-anak saya untuk berpengetahuan dan mereka membuat keputusan yang menakutkan sekarang ini, saya tetap mempercayai Tuhan, Allah saya."
"Walaupun kami telah berdoa untuk penyembuhan seseorang dan keadaannya bertambah buruk, saya akan mempercayai Tuhan, Allah saya."
"Walaupun rumah kami tidak dapat dijual dan kami dalam bahaya, saya akan mempercayai Tuhan, Allah saya."
"Walaupun kedudukan kewangan adalah merisaukan dan 400 dollar diperlukan untuk memperbaiki kereta saya, saya akan mempercayai Tuhan, Allah saya."
"Walaupun saya tidak menyukainya, walaupun saya tidak memahaminya, walaupun saya sedar ia boleh dan ia harus melakukan sesuatu tetapi tidak berbuat demikian, saya akan mempercayai Tuhan, Allah saya."
Doa: Walaupun … saya akan mempercayai-Mu. Engkaulah Allah saya.
Perihal Pelan
Pelan Alkitab ini adalah untuk sesiapa sahaja yang sedang berdukacita dan tidak faham sebabnya. Jika anda pernah kehilangan sesuatu, seseorang, ataupun anda rasa iman anda diregangkan hingga sampai pada hadnya, Pelan Alkitab daripada buku Pastor Life.Church Craig Groeschel ini, Hope in the Dark, mungkinlah apa yang anda perlukan. Sekiranya anda ingin percaya, namun tidak pasti bagaimana, ini adalah sesuai buat anda.
More