Harapan dalam KegelapanSampel

Hope In The Dark

HARI 10 DARIPADA 12

Harapan

Harapan yang hidup membolehkan kita untuk bersedih dan bergembira. Harapan kita yang hidup merupakan warisan yang diperoleh untuk kita oleh Kristus. 

—Tim Keller 

Kitab Habakuk berakhir dengan doanya, "Engkaulah TUHAN Raja yang memberi aku kekuatan, seperti kaki rusa, kakiku Engkau kukuhkan, dan keselamatanku Engkau jaga di pergunungan" (Habakuk 3:19 BM). 

Apabila anda mempertimbangkan apa yang nabi ini sedar sedang dihadapinya, harapannya sungguh menggamamkan. "Walaupun pokok ara tidak berbunga dan kandang binatang kosong belaka, Tuhan ada di dalam Rumah-Nya yang suci. Walaupun keadaan akan bertambah buruk sebelum ia bertambah baik, setiap orang di bumi berdiam diri di hadirat-Nya. Orang benar akan hidup dengan imannya. Firman Allah akan pasti berlaku. Aku akan menemukan kekuatan dan harapan aku dalam Tuhan Allahku, dan Dia akan melancarkan jejakku di tempat-tempatku yang tinggi." 

Habakuk bergelut dengan keraguan, menerima kenyataan, bagaimanapun mempercayai, dan menemukan harapannya dalam Allah. Jika anda tidak mempelajari apa-apa daripada Pelan Alkitab ini, saya berharap anda akan mengingati maksud nama Habakuk: Bergelut. Dan memeluk. 

Kedua-duanya pada masa yang sama.

Saya masih ingat masa anak perempuan bongsu saya, Joy, baru berusia empat tahun dan bermain luncur keluang di kawasan belakang rumah seorang kawan. Memandangkan ia terlalu kecil untuk mengelak daripada terkena pokok di hujung luncur itu, mukanya kena tepat pada batang pokok yang besar itu. Saya masih ingat terdengar bunyi kertak itu! Ia jatuh ke tanah, berlumuran darah dan tidak sedar. 

Saya panik dan merasa nadinya yang tidak sekuat yang diharapkan. Ia dikejarkan ke bilik kecemasan, dan para doktor mula menjalankan ujian. Sebaik sahaja ia sedar, mereka cuba menjahit luka dalam di bahagian bawah dagunya. Namun, Joy tidak membenarkan mereka. 

Saya terpaksa memegangnya. 

Saya berbaring di atasnya, memastikan tubuh dan kepalanya tidak bergerak sementara doktor merawat dan menjahit lukanya dengan berhati-hati. Ia menangis, "Ayah, apa yang sedang berlaku? Lepaskan saya. Minta mereka berhenti. Saya mahu main. Tolonglah. Saya cuma mahu main. Jangan biarkan mereka menyakitkan saya." Namun, saya sedar jika ia mahu sembuh dengan baik, ia perlu melalui ini. 

Ada kalanya Allah memegang seperti ini, mengetahui apa yang diperlukan untuk membolehkan kita untuk sembuh dengan baik.  

Kita bergelut dan memeluk. Kedua-duanya pada masa yang sama. 

Namun, dalam dakapan-Nya, ada harapan. 

Doa: Allah, terima kasih kerana memegang saya. Terima kasih kerana menyembuhkan saya. Terima kasih kerana harapan. 

Hari 9Hari 11

Perihal Pelan

Hope In The Dark

Pelan Alkitab ini adalah untuk sesiapa sahaja yang sedang berdukacita dan tidak faham sebabnya. Jika anda pernah kehilangan sesuatu, seseorang, ataupun anda rasa iman anda diregangkan hingga sampai pada hadnya, Pelan Alkitab daripada buku Pastor Life.Church Craig Groeschel ini, Hope in the Dark, mungkinlah apa yang anda perlukan. Sekiranya anda ingin percaya, namun tidak pasti bagaimana, ini adalah sesuai buat anda.

More

Kami berterima kasih kepada Pastor Craig Groeschel dan Life.Church kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://craiggroeschel.com/