Harapan dalam KegelapanSampel
Terima
Ini bukanlah penafian. Aku cuma bersikap memilih tentang kenyataan yang saya terima.
—Bill Watterson, Calvin and Hobbes
Kadang kala, walaupun ketika kita ingat akan segala sesuatu yang telah dilakukan oleh Allah untuk kita, itu tidak mengubah keadaan kita. Ada kalanya, kita perlu menerima bahawa ia melewati pemahaman kita pada masa ini dan teruskan sahaja. Walau bagaimanapun, kita mesti juga menyedari bahawa penerimaan bukanlah penafian.
Apabila anda menerima apa yang sedang dilakukan oleh Allah, anda bukan sahaja menahan perasaan dan membiarkan hati anda mati, meskipun semasa anda melatih bersenyum di depan cermin dan menghafal ayat-ayat Alkitab. Apabila anda menerima bahawa Allah sedang melaksanakan sesuatu yang anda tidak dapat lihat atau faham pada waktu ini, anda tidak bergolek dan berpura-pura mati serta menerima perasaan putus harapan anda. Tidak, anda terus mendoakan mukjizat daripada-Nya melainkan Dia memberitahu anda hal sebaliknya. Namun, anda tidak berpura-pura bahawa segala sesuatu adalah okey apabila jelasnya semuanya tidak okey.
Habakuk jelasnya tidak berpura-pura dan membenamkan kepalanya dalam pasir. Selepas ia menyoal Allah dan Tuhan memberikan respons dengan memberitahunya Dia akan menggunakan orang Babilonia yang jahat untuk menghancurkan Israel, Habakuk berkata, "Aku mendengar semuanya itu dan aku gementar; bibirku bergetar kerana aku ketakutan. Tubuhku lemah tidak bermaya, kakiku tersandung ketika berjalan" (Habakuk 3:16 BM).
Responsnya meluap-luap. Anda tahu perasaan semangat menjadi lemah apabila sesuatu yang buruk berlaku di luar kawalan anda? Itulah yang dialami oleh Habakuk.
Apabila Habakuk menerima kenyataan sementara menunggu Allah, itu bukanlah penafian. Itu adalah iman. Bukanlah iman bahawa Allah akan melakukan apa yang Habakuk mahu Allah untuk lakukan. Tetapi iman dalam sifat Allah. Habakuk meneruskan, "Tangan Allah yang berdaulat sedang melakukan sesuatu. Allah telah berfirman, jadi saya akan menerima apa jua yang sedang dilakukannya, meskipun sukar untuk saya."
Ada kalanya, sesuatu yang tidak anda suka akan berlaku. Ia mungkin sedang berlaku sekarang ini.
Anda mengingati apa yang telah dilakukan oleh Allah. Anda menerima apa yang sedang dilakukan oleh Allah. Anda mempercayai apa yang akan dilakukan oleh Allah.
Doa: Allah, saya tidak memahami apa yang sedang berlaku, tetapi saya menerima bahawa walau bagaimana juga, Engkau berkuasa.
Perihal Pelan
Pelan Alkitab ini adalah untuk sesiapa sahaja yang sedang berdukacita dan tidak faham sebabnya. Jika anda pernah kehilangan sesuatu, seseorang, ataupun anda rasa iman anda diregangkan hingga sampai pada hadnya, Pelan Alkitab daripada buku Pastor Life.Church Craig Groeschel ini, Hope in the Dark, mungkinlah apa yang anda perlukan. Sekiranya anda ingin percaya, namun tidak pasti bagaimana, ini adalah sesuai buat anda.
More