Harapan dalam KegelapanSampel

Percaya
Aku mempercayai keKristianan sebagaimana aku mempercayai matahari telah terbit: bukan hanya kerana aku telah melihatnya, tetapi kerana melalui sinarnya aku melihat segala sesuatu.
—C. S. Lewis
Harapan sebenar memerlukan dasar hakiki yang kukuh. Seperti yang dijelaskan oleh penulis kitab Ibrani, "Iman adalah kepastian akan perkara-perkara yang diharapkan, keyakinan akan perkara-perkara yang tidak dilihat" (Ibrani 11:1 AVB). Tanpa kepercayaan kita akan sifat Allah—dan hubungan kita dengan-Nya—sebagai dasar kita, lebih baik kita berharap dalam Santa Claus atau sesetengah aplikasi.
Saya sedar bahawa semua idea abstrak seperti kepercayaan ini boleh mula rasa terasing daripada pencubaan daging-dan-darah, wang-dan-kemuflisan yang sedang anda hadapi. Walau bagaimanapun, kepercayaan mungkinlah tidak abstrak. Barangkali kepercayaan adalah satu-satunya dasar apabila segala sesuatu menjadi goyah. Rasul Paulus menyatakannya demikian, "kita tahu bahawa penderitaan menghasilkan ketekunan. Ketekunan menyebabkan kita diperkenankan oleh Allah. Oleh itu kita mempunyai harapan. Harapan itu tidak akan mengecewakan kita, kerana Allah sudah mencurahkan kasih-Nya ke dalam hati kita. Allah melakukan hal itu dengan perantaraan Roh-Nya, yang sudah dikurniakan-Nya kepada kita" (Roma 5:3-5 BM).
Inilah pendapat saya tentang peralihan Paulus daripada penderitaan kepada keintiman dengan Allah: Apabila kita menderita mengharungi waktu yang sukar, kita menerima Firman Allah dan mempercayai bahawa Dia masih berkuasa, menimbangkan tujuan khas. Jadi kita meneruskan perjalanan, bergantung pada-Nya. Apabila kita meneruskan perjalanan, jam demi jam, hari demi hari, minggu demi minggu, kita menjadi lebih kuat. Iman kita berkembang, kita bertambah matang, kepercayaan kita dalam Allah juga bertambah. Apabila kita bertambah kuat, kita mempercayai kebaikan Allah, lebih daripada keadaan kita. Kita belajar mempercayai janji Allah.
Kepercayaan dalam Allah boleh menjadi dasar anda yang kukuh.
Sekiranya anda masih mahu percaya, Allah akan bertemu anda di tengah-tengah usaha anda untuk percaya. Meskipun anda melemparkan Alkitab anda ke sebelah sana bilik dan mengayunkan penumbuk pada Allah atau mempertikaikan-Nya, seperti yang dilakukan oleh Habakuk, Allah akan menghormati keikhlasan pencarian anda yang penuh semangat. Jika anda betul-betul ingin mengalami kekariban Allah dan perhatian-Nya terhadap anda semasa anda mengatasi pencubaan—dan anda inginkan Dia lebih daripada keadaan yang berbeza sahaja—maka, Dia akan menyertai anda setiap langkahnya.
Doa: Allah, saya memilih untuk mempercayai kebaikan dan kasih-Mu. Saya mempercayai Yesus, Anak-Mu, dan apa yang telah dilakukan-Nya untuk menyelamatkan saya. Bolehkah Engkau menjadi dasar kehidupan saya?
Jika anda baru berdoa untuk menjadikan Yesus dasar kehidupan anda, bacalah ini.
Perihal Pelan

Pelan Alkitab ini adalah untuk sesiapa sahaja yang sedang berdukacita dan tidak faham sebabnya. Jika anda pernah kehilangan sesuatu, seseorang, ataupun anda rasa iman anda diregangkan hingga sampai pada hadnya, Pelan Alkitab daripada buku Pastor Life.Church Craig Groeschel ini, Hope in the Dark, mungkinlah apa yang anda perlukan. Sekiranya anda ingin percaya, namun tidak pasti bagaimana, ini adalah sesuai buat anda.
More