Harapan dalam KegelapanSampel

Hope In The Dark

HARI 6 DARIPADA 12

Iman Diuji

Saya jenis orang yang rela tenggelam dalam iman daripada berenang tanpanya.

—Stanley Baldwin, Perdana Menteri Britain 

Bagaimana kalau anda hidup dengan iman tetapi anda tidak melihat penggenapan Allah dalam hayat anda? Masihkah anda berani mempercayai bahawa Dia akan menepati janji-Nya walaupun anda tidak dapat melihatnya semasa anda masih hidup? Mungkinkah anda menjadi semakin rapat dengan Allah sehinggakan anda berupaya terus mengasihi dan melayani-Nya meskipun berasa kecewa? 

Habakuk ialah seorang guru yang baik buat kita tentang ajaran ini, kerana Allah menepati janji-Nya dan menghukum orang Babilonia pada generasi seterusnya. 

Itu merupakan tempoh penantian yang panjang.

Walau bagaimanapun, Tuhan masih setia.

Habakuk memberikan kita dua perkataan yang dapat dijadikan pegangan apabila Allah nampaknya seolah-olah tidak menepati janji-Nya. Walau apa pun yang sedang dialami, jangan lepaskan perkataan ini. 

Jika anda ingin lebih mendekati Allah—walau apa pun yang berlaku—dua perkataan inilah yang anda perlu ingat dalam perjalanan anda ke arah keintiman dan kepercayaan serta iman muktamad dalam-Nya: 

"Tetapi TUHAN . . .” 

Anda akan melihat perkataan ini dalam Habakuk 2:20, di mana nabi itu, setelah mengakui bahawa ia masih tidak berasa senang akan apa yang sedang berlaku, berkata, "Tetapi TUHAN ada di dalam bait-Nya yang kudus. Berdiam dirilah di hadapan-Nya, ya segenap bumi!" (TB, penegasan penulis ditambahkan). 

Dunia ini mungkin kelihatan tunggang-terbalik, tetapi TUHAN masih ada.

Apabila anda tiada tempat mengadu, apabila idea dan sumber anda sudah habis, apabila anda hilang kawalan terhadap sesuatu situasi, Allah masih ada. Apabila lutut anda berasa sakit kerana bertelut sambil berdoa tetapi anda tidak tahu sama ada Dia mendengar, Allah masih ada. 

Walau apa pun yang berlaku dalam kehidupan anda, Tuhan ada di dalam bait-Nya yang kudus. 

Doa: Allah, bolehkah Engkau membenarkan saya untuk mengalami hadirat-Mu dalam cara yang baru? Bolehkah Engkau menunjukkan kepada saya betapa dekat-Nya Engkau dengan saya? 

Hari 5Hari 7

Perihal Pelan

Hope In The Dark

Pelan Alkitab ini adalah untuk sesiapa sahaja yang sedang berdukacita dan tidak faham sebabnya. Jika anda pernah kehilangan sesuatu, seseorang, ataupun anda rasa iman anda diregangkan hingga sampai pada hadnya, Pelan Alkitab daripada buku Pastor Life.Church Craig Groeschel ini, Hope in the Dark, mungkinlah apa yang anda perlukan. Sekiranya anda ingin percaya, namun tidak pasti bagaimana, ini adalah sesuai buat anda.

More

Kami berterima kasih kepada Pastor Craig Groeschel dan Life.Church kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://craiggroeschel.com/