Jangan Berputus AsaSampel

Don't Give Up

HARI 7 DARIPADA 7

Hari 7—Nehemia Membina Tembok

Nehemia merasakan Allah sedang memanggilnya untuk membina semula tembok di Yerusalem. Pada waktu panggilan itu, Nehemia berada di negeri yang lain, bekerja untuk raja, di tempat yang jauh daripada isi hatinya. Namun, sebagaimana yang hanya dapat dilakukan oleh Allah, Dia membuka semua pintu dan membuka jalan untuk Nehemia bergerak maju untuk memenuhi panggilan itu.

Walau bagaimanapun, tugas itu tidaklah senang. Tembok itu musnah. Orang Israel pula berselerak. Penentangan pasti akan timbul. Sesungguhnya, ia timbul.

Orang mendengar apa yang ingin dilakukan oleh Nehemia dan mereka cuba menentang kerjanya. Mereka mengejeknya, meradang, dan merancang untuk mencederakannya. Keadaannya adalah begitu teruk sehinggakan Nehemia terpaksa menugaskan separuh daripada orangnya untuk berkawal dengan senjata kalau-kalau musuhnya bangkit. Ini pastinya memberikan perlindungan tetapi menggandakan masa yang diperlukan untuk menghabiskan pembinaan tembok itu.

Semasa saya membaca cerita ini, saya mendengar robot daripada Lost in Space berkata, “Danger, Will Robinson (Bahaya, Will Robinson).” Saya tidak tahu tentang anda, tetapi saya mungkin berputus asa. Itu merupakan tugas yang menggentarkan, dan apabila anda menambahkan bahaya yang mungkin, barangkali mempertaruhkan nyawa anda, keyakinan panggilan anda mestilah menjadi tumpuan hati anda.

Walaupun dirasakan tidak mungkin, Nehemia tetap tabah. Ia bukan sahaja tabah, orang yang mengikutnya juga tabah. Ayat 6 berkata, "rakyat bekerja dengan penuh semangat..” Ini adalah SELEPAS ancaman dikeluarkan—bukan sebelumnya. Semangat dan azam Nehemia untuk memenuhi rancangan Allah diamalkan oleh orang yang bekerja bersama dengannya. Itu merupakan contoh yang berkuasa untuk pemimpin yang keletihan.

Hal yang kelihatan berjalin dengan daya ketahanan mereka ialah sikap berdoa. Mereka berseru kepada Allah. Sebenarnya, mereka berbuat demikian sebelum menetapkan kawalan untuk menjaga keselamatan. Postur pertama mereka ialah berdoa—tindakan yang paling penting yang dapat mereka ambil. Apabila mereka berbuat demikian, Allah bergerak. Allah memberikan respons dan membantu mereka.

Memanglah perlu untuk menempatkan doa di barisan depan semua pergelutan anda. Ia akan mendorong anda, mengingatkan anda, dan membuat anda tetap tertumpu untuk bertabah. Doa adalah perlu untuk daya ketahanan.

Sesudah tembok itu siap, kitab Nehemia berakhir dengan catatan bahawa bangsa di sekeliling Yerusalem memberi perhatian terhadap apa yang telah berlaku dan mengaitkannya dengan Allah. Kesetiaan Nehemia bukan sahaja menyelesaikan tugas itu, malah memuliakan Allah dalam cara yang tidak mungkin terjadi jika ia berputus asa.

Doa saya ialah perjalanan 7 hari ini telah memberikan anda motivasi untuk terus berjalan. Ingatlah janji dan kesetiaan Allah. Berceritalah tentang lelaki dan perempuan dalam Alkitab yang tidak berputus asa apabila dunia ini menentang mereka. Kawan, anda juga boleh menempuh ribut. 

Sekiranya anda mencari dorongan, layari laman web saya untuk pelbagai aplikasi praktikal terhadap pergelutan dalam kehidupan sebenar http://www.brittanyrust.com.

Hari 6

Perihal Pelan

Don't Give Up

Pernahkah anda berasa sungguh penat atau tumpas dalam hidup sehinggakan anda ingin berputus asa? Alkitab penuh dengan dorongan untuk tetap tabah dan sabar meneruskan hidup! Pelan bacaan 7 hari ini akan menyegarkan anda untuk perjalanan akan datang.

More

Kami mengucapkan terima kasih kepada Brittany Rust kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.brittanyrust.com

Pelan yang Berkaitan