Jangan Berputus AsaSampel

Don't Give Up

HARI 2 DARIPADA 7

Hari 2—Menghalusi Peribadi Anda

Daya ketahanan berkemampuan tinggi untuk menghalusi anda. Ia bagaikan api bagi perak, menyingkirkan bendasing dan menguatkan peribadi. Sering kali, disebabkan daya ketahanan wujud seiring dengan dugaan, dugaan boleh melecur.

Salah satu hasil yang menakjubkan daripada ketabahan ialah peribadi yang menyerupai Kristus. Ia menjadikan anda orang yang lebih baik dengan menapis sifat berdosa dan memupuk roh yang baik hati, rendah hati, sabar, dan terutama sekali, mengutamakan Kristus sebelum semua hal yang lain.

Roma 5 memberikan cetakan biru untuk perjalanan ini. Memanglah bukan perjalanan yang mudah tetapi penting untuk setiap orang percaya. Ia bermula dengan keputusan untuk bersukacita dalam penderitaan. Semasa anda melakukan ini, anda menggunakan daya ketahanan, yang membina budi pekerti.

Jika anda meneruskan perjalanan ini, Roma mengesahkan budi pekerti. Bukan dalam Roma sahaja. Filipi 1 berjanji bahawa sekiranya anda tempuh perlumbaan di hadapan dengan tekun sehingga akhir, Allah akan menyudahkan pekerjaan baik yang telah dimulakan oleh-Nya dalam diri anda semasa anda menyerahkan hati anda kepada-Nya dahulu.

Anda tidak akan menemui kesempurnaan sekarang ini, tetapi suatu hari nanti anda akan beralih ke rumah anda—yang sedang disediakan oleh Kristus—dan di sanalah anda akan menemukan kesempurnaan. Anda akan berjalan, bebas daripada dosa, dalam kepenuhan yang ditetapkan pada asalnya oleh Allah untuk anda.

Walaupun anda ingin berputus asa sekarang ini, ingatlah bahawa ketabahan anda akan membawa kepada versi diri anda yang lebih baik, yang makin menyerupai Kristus dengan peredaran masa.

Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

Don't Give Up

Pernahkah anda berasa sungguh penat atau tumpas dalam hidup sehinggakan anda ingin berputus asa? Alkitab penuh dengan dorongan untuk tetap tabah dan sabar meneruskan hidup! Pelan bacaan 7 hari ini akan menyegarkan anda untuk perjalanan akan datang.

More

Kami mengucapkan terima kasih kepada Brittany Rust kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.brittanyrust.com

Pelan yang Berkaitan