Jangan Berputus AsaSampel

Don't Give Up

HARI 6 DARIPADA 7

Hari 6—Balu yang Terus Mendesak

Balu yang terus mendesak kerap mendorong saya dan membantu saya meneruskan hidup semasa menghadapi dugaan. Saya ingat akan azamnya dan kesetiaannya semasa kesetiaan saya hampir gagal. Ceritanya memberikan saya harapan semasa harapan mula pudar.

Dalam perumpamaan yang dikongsi oleh Yesus, ada seorang balu yang mencari keadilan dan menghadap seorang hakim yang tidak bersimpati. Pada mulanya, hakim itu menolak permohonannya—berulang kali tanpa mengubah fikirannya. Namun, balu itu tidak berputus asa. Selepas banyak percubaan untuk mendapatkan keadilan, hakim itu memenuhi permohonannya. Mengapa? Supaya balu itu tidak mengacaunya lagi!

Yesus meneruskan dengan pengajaran bahawa sekiranya seorang hakim yang tidak adil pun memenuhi permohonan seorang balu, orang yang tidak diambil berat olehnya kerana orang itu terus mendesak, apatah lagi Allah yang akan memberikan respons terhadap anak-Nya apabila mereka membawa permohonan mereka kepada-Nya.

Allah adalah baik dan Dia setia. Dia adil dan Dia betul-betul mendengar doa umat-Nya. Pasti ada waktu bila anda rasa seolah-olah doa anda tidak dipedulikan, ataupun bahawa Allah tidak mengambil berat terhadap anda sebanyak Dia mengambil berat terhadap orang lain. Saya pernah mengalaminya dan itu memanglah susah. Tapi, anda tidak boleh berputus asa! 

Balu itu tidak berhenti semasa berdepan dengan hakim yang tidak adil. Mengingati hal ini, rasalah digalakkan untuk terus mengejar Allah yang adil untuk perkara yang penting kepada anda. Dia pastinya mendengar anda. Dia mungkin tidak memberikan respons menurut kehendak dan jadual waktu anda, tetapi Dia akan sentiasa memberikan respons secara sempurna pada waktu yang betul. 

Hari 5Hari 7

Perihal Pelan

Don't Give Up

Pernahkah anda berasa sungguh penat atau tumpas dalam hidup sehinggakan anda ingin berputus asa? Alkitab penuh dengan dorongan untuk tetap tabah dan sabar meneruskan hidup! Pelan bacaan 7 hari ini akan menyegarkan anda untuk perjalanan akan datang.

More

Kami mengucapkan terima kasih kepada Brittany Rust kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.brittanyrust.com

Pelan yang Berkaitan